Wah, nampaknya suasana menarik dan kenangan manis di Karnival Upin & Ipin masih lagi terbuku di dalam ingat warga kerja Les' Copaque. Ini ialah kerana setiap hari pasti ada acara yang menarik dilakukan dan sambutan serta sokongan dari pengunjung tidak pernah pudar. Kepada yang hadir tempoh hari pasti ingat lagi aktiviti waktu pagi di Karnival Upin & Ipin. Aktivitinya ialah tidak lain tidak bukan ialah bersenam dan menari chicken dance bersama Upin & Ipin. Bayangkan setiap pagi, Upin & Ipin akan muncul untuk menari bersama dengan pengunjung lagu chicken dance serta lagu-lagu lain yang seterusnya diikuti oleh semua pengunjung terutama sekali adik-adik kecil. Bukan itu sahaja, pempamer -pempamer juga turut menyertai tarian setiap kali sesi ini dianjurkan.
Adik Aimi merupakan salahseorang peminat setia Upin & Ipin
Permainan Saidina gergasi Upin & Ipin menjadisalah satu tarikan pengunjung
Sesi bergambar bersama dengan Upin & IpinPempamer yang turut memeriahkan Karnival Upin & Ipin ini ialah diantaranya TM, Wyeth, Syarikat Permainan Malaysia, TV9, CCM, ProDiet, NYLA dan banyak lagi. Bercakap pasal Syarikat Permainan Malaysia ataupun SPM, mereka menyediakan tapak Saidina Gergasi Upin & Ipin yang boleh dimain secara percuma dengan setiap pembelian Saidina Upin & Ipin. Ha, taktau dah ada Saidina Upin & Ipin? Ok, Saidina ini dah mula boleh dibeli di kedai-kedai yang ada menjual permainan-permaian keluaran SPM. Selain itu, penyegar udara kereta Upin & Ipin juga merupakan antara produk terbaru yang turut dijual di Karnival Upin & Ipin ini.
Setiap pengunjung yang hadir, akan dihiburkan tidak kira bila masa mereka menjejakkan kaki ke tapak karnival. Ini adalah kerana acara di pentas utama tidak pernah putus-putus dengan pelbagai persembahan oleh artis jemputan, permainan serta kuiz. Artis yang turut memeriahkan karnival ini ialah Idola Kecil 3, Irma Hasmie, pengacara TV9, Ceplos, peserta Pilih Kasih dan ramai lagi. Namun begitu, penampilan khas semua pelakon suara siri Upin & Ipin pasti ditunggu oleh semua peminat.
Sekali lagi, terima kasih kepada pengunjung serta pempamer yang telah memberi sokongan yang sangat jitu. Kami keluarga Les' Copaque Production memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan. InsyaAllah kita akan berjumpa di Selatan untuk Karnival Upin & Ipin yang seterusnya. Nantikan!






