Wednesday, January 05, 2011

Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre (Bah. 1)

Suasana yang sungguh meriah dan penuh warna-warni menjadikan acara pembukaan Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre pada 28 Disember 2010 yang lalu sebagai acara tahunan yang terbesar dan begitu unik sekali. Acara pembukaan pada hari pertama ialah Animation Parade iaitu perarakkan watak animasi terbesar di Malaysia Adik-adik yang datang tempoh hari pasti seronokkan? Bukan apa, bukan selalu kita dapat berjumpa dengan adik-adik lain yang berpakaian seperti watak-watak di dalam siri Upin & Ipin.

U & I Boutique menjual
produk asli Upin & Ipin
Pasukan Pulu dan Laksamana Upin & Ipin
antara pasukan di dalam Animation Parade

Marching Band dari St John turut
memeriahkan Animation Parade

Ada yang tampil sebagai Upin, Ipin, Mei Mei, Kak Ros, Jarjit dan ramai lagi. Sangat comel dan mencuit hati, semua adik-adik ini diketuai oleh warga kerja Les' Copaque sendiri. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan telah diberi tema tersendiri seperti tema "Cita-Cita", "Tadika Mesra", "Lanun & Pulu", "Sukan" dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, perarakkan ini juga dimeriahkan juga oleh pasukan jemputan dari luar seperti MDeC dengan pasukan Saladin, Wyeth, CCM dan banyak lagi.

Ain, ketua untuk pasukan Cita-cita
juga memakai pakaian seperti Jururawat
Adik Anis, yang menyertai
pasukan Kak Ros kelihatan sangat comel

Adam menjadi Kapten Jarjit sedang
memberi arahan kepada "lanun" yang lain

Yuki bersama Mei-Mei

Pasukan Saladin turut menyertai Animation Parade

Perarakkan yang dilepaskan sekitar pukul 4 petang ini disaksikan bukan sahaja oleh warga Shah Alam, malahan terdapat juga peminat yang khabarnya datang dari negeri lain semata-mata untuk Karnival Upin & Ipin. Sampai kena minta bantuan RELA bagi mengawal keadaan lalu lintas. Disepanjang perarakkan ini, marching band dari St John dan kumpulan silat juga turut mengiringi bagi memeriahkan lagi perarakkan. Tidak ketinggalan maskot Upin & Ipin yang sangat comel bersama maskot-maskot lain juga dibawa di dalam perarakkan ini. Yang istimewanya maskot Upin & Ipin bersama Asyiela Putri dibawa menggunakan kereta Roy Royce yang pada kebiasaanya membawa watak-watak dari Disney.
Faiz sedang membawa sepanduk pasukan "Lanun"

Peserta Tadika Mesra bergambar di Tadika Mesra

Yuki sedang memperdengarkan
dialog Mei-Meinya ketika
sesi cabutan bertuah

Karnival Upin & Ipin yang berlangsung selama 5 hari ini, secara keseluruhan telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa dan diluar jangkaan. Setiap hari, ruang Karnival tidak pernah lengang dengan pengunjung terutama sekali adik-adik yang datang bersama keluarga. Ada ibubapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk membawa anak masing-masing untuk berjumpa dengan watak Upin & Ipin. Terima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang telah memberi sokongan terhadap Karnival ini. Dengar kata selepas ini, Karnival ini akan diteruskan ke negeri-negeri yang berbeza pula.

Pengunjung sedang menari "Chicken Dance"

Persembahan dari Haris & The Pembaris

Bersambung ke bahagian ke 2...