Monday, January 03, 2011

5 Tahun Les' Copaque Production

Alhamdullilah dan syukur kerana nampaknya usia Les' Copaque Production meningkat setahun lagi. Pada 13 Disember 2010 yang lalu, maka genaplah Les' Copaque Production berusia 5 tahun di dalam industri animasi negara. Baru berusia 5 tahun, tetapi Les' Copaque telahpun berjaya menaikkan taraf animasi tempatan dan sekali gus menaikkan nama Malaysia pada persada antarabangsa.

Kek coklat yang sedap

Tn Hj Burhanuddin bersama Usamah Zaid

Pada satu majlis jamuan ringan, Tn Hj Burhanuddin iaitu pengarah urusan Les' Copaque yang gemar dipanggil "Uncle" telahpun memberi kata-kata semangat kepada warga kerja belakang tabir animasi Upin & Ipin. Rata-rata nampak begitu bersemangat dengan perancangan projek akan datang lebih-lebih lagi dengan pembikinan filem ke dua iaitu Laksamana Upin & Ipin. Diharapkan selepas ini semua akan lebih bersemangat dan terus berjuang sama seperti Upin & Ipin.

Sesi memotong kek oleh Kak Izan

Wah, ramainya nak makan kek

Nazmi dan Yani bersama menunggu giliran

Bukan sahaja Uncle, tetapi Usamah Zaid iaitu Pengarah Ekskutif juga turut memberi kata-kata semangat dan berharap semua kakitangan akan lebih bersatu dan terus meningkatkan kualiti animasi untuk tantapan peminat. Zaid juga sedikit sebanyak dapat merasakan yang filem ke dua ini bakal mengegarkan panggung dan fenomena Upin & Ipin dipawagam akan dapat berulang kembali. Mesti seronok dapat menonton filem Upin & Ipin ini nanti dilayar lebar.
Yuki nampaknya sudah tak
sabar nak makan kek

Mari makan

Kak Izan antara staff
senior di Les' Copaque

Oh, belum habis lagi rupanya.
Tak boleh makan lagi

Shafiq mengetuai sesi makan-makan

Donatpun ada juga

Terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong Les' Copaque sehingga ke saat ini. InsyaAllah tahun ke 6 ini merupakan tahun yang lebih bermakna dan mengembirakan untuk semua orang.