Thursday, September 09, 2010

Upin & Ipin beraya di Media Prima

Di dalam suasana sibuk warga kerja Media Prima menyiapkan tugasan terakhir sebelum masing-masing pulang cuti berhari raya, Upin & Ipin pula muncul di tengah-tengah kesibukkan pejabat dan studio Media Prima yang terletak di Sri Pentas, Bandar Utama. Maskot Upin & Ipin yang ketika itu di dalam acara promosi episod terbaru sempena Aidilfitri, turut mengedarkan sampul raya Upin & Ipin secara percuma. Sampul raya yang ditaja sepenuhnya oleh penaja bersama iaitu Wyeth telah mengedarkan sekurang-kurangnya 6000 keping sampul raya khas untuk warga kerja Media Prima.

Upin & Ipin mengedarkan sampul
raya di Primeworks


Upin & Ipin di NTV7 pula

Maskot Upin & Ipin terus diserbu sebaik-saja melangkah masuk ke dalam ruang kerja Primeworks yang terletak ditingkat 1 bangunan Media Prima. Di sinilah semua warga kerja produksi majalah dan rencana seperti Majalah 3, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Melodi dan banyak lagi di himpun di bawah satu bumbung. Selepas lebih 30 minit Upin & Ipin memeriahkan suasana di Primeworks, mereka meneruskan promosi di tingkat 2 pula yang terletaknya pejabat TV9 dan juga NTV7. Kebanyakkan yang sedang sibuk bekerja, terus berhenti dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Upin & Ipin. Sambutan yang amat menggalakkan dari warga kerja NTV7 juga amat diluar jangkaan.

Antara tenaga kerja NTV7 turut
bergambar bersama Upin & Ipin

Bersama warga kerja Alt Media

Sokongan dari warga kerja Grand Brillance

Kemudian, Upin & Ipin meneruskan edaran sampul raya ke tingkat 3 pula yang mana terletaknya pejabat Grand Brillance, Alt Media dan banyak lagi. Sememangnya suasana pengedaran sampul raya Upin & Ipin di Media Prima yang pertama kali diadakan begitu meriah dan menarik sehingga terdapat beberapa warga kerja Media Prima yang mencari-cari Upin & Ipin untuk meminta sampul raya. Pemberian sampul raya ditamatkan sekitar pukul 5:30 petang apabila stok sampul raya sudah habis. Kami dari Les' Copaque Production mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kerja Media Prima dan semua peminat setia Upin & Ipin.