Thursday, September 09, 2010

Geng's Corner raikan anak yatim berbuka puasa

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Geng's Corner bersama Les' Copaque Production juga tidak melupakan adik-adik kita yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini, adik-adik dari Rumah Anak Yatim Kampung Melayu Subang diraikan di dalam majlis berbuka puasa bersama Upin & Ipin. Pengalaman pertama kali berbuka puasa bersama Upin & Ipin membuatkan rata-rata adik-adik ini sungguh gembira dan teruja. Hampir 30 orang peserta dari rumah tersebut termasuklah guru pengiring disambut diperkarangan studio Les' Copaque Production sekitar pukul 7 petang.

Penampilan maskot selepas
selesai solat Maghrib

Suasana pertama kali
berjumpa dengan Upin & Ipin


Bukan sahaja dihidangkan dengan jamuan istimewa oleh Geng's Corner, adik-adik ini juga disumbangkan barangan Upin & Ipin beserta duit raya oleh Tuan Haji Burhanuddin iaitu pengarah urusan Les' Copaque Production. Pasti sambutan Raya kali ini sungguh bermakna kerana adik-adik ini akhirnya dapat berjumpa dengan watak kegemaran mereka. Pihak Geng's Corner dan Les' Copaque Production amat berbesar hati dengan kunjungan adik-adik ini dan kami berharap agar sambutan Aidilfitri kali lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas.

Bergambar beramai-ramai
sebagai kenangan

Bergambar juga bersama
warga kerja Geng's Corner