Walaupun filem Geng telahpun habis ditayangkan di pawagam, namun permintaan untuk tayangannya di pawagam untuk event tertentu masih lagi tinggi. Terbaru ialah kerjasama di antara Autodesk untuk menganjurkan tayangan amal sempena Hari Raya untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim sekitar lembah klang. Bertempat di Cathay Cineplex Damansara, team Upin & Ipin telah bersedia seawal pukul 11 pagi untuk menyambut kanak-kanak riang ini untuk menonton filem Geng.
Beratur menjamu selera sebelum tayanganSeramai lebih kurang 70 orang kanak-kanak yang hadir dari 3 buah rumah yang berbeza. Mereka ini dihidangkan jamuan makan sebelum boleh menonton filem Geng. Disamping itu juga, mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti kuiz dan permainan. Diantaranya ialah soalan-soalan mengenai siri Upin & Ipin serta menyanyikan lagu Upin & Ipin. Kebanyakkan dari adik-adik ini sungguh aktif dan bersemangat sekali menjawab soalan dan menyertai semua kuiz yang dianjurkan.
Cik Shima petah memberi kuiz-kuiz kepada adik-adik kecil ini
Akhir sekali ialah penampilan maskot Upin & Ipin yang menyebabkan hampir kesemua adik-adik ini melompat keriangan. Maskot yang pertama kali dilihat oleh mereka dari jarak dekat ini memberikan peluang untuk mereka beramah mesra dan bergambar. Melihatkan gelagat adik-adik ini yang kebanyakkannya sangat comel dan aktif ini membuat kita bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini. Maskot bukan sahaja dapat bergambar tetapi kadang-kala mendukung adik-adik ini tanda sayang.
Terima kasih kepada Autodesk serta Text100 yang merupakan syarikat yang membantu Autodesk dalam menganjurkan tayangan ini. Terima kasih juga kepada agensi-agensi lain termasuklah pihak media turut membantu secara tidak langsung.




