
Kepada semua peminat Upin & Ipin tidak kira di manapun anda berada, kini anda boleh menyaksikan video temuramah eksklusif pelakon suara Upin & Ipin di laman web
www.bluehyppo.com. Bukan sahaja anda dapat menyaksikan video temuramah bagi pelakon - pelakon suara malahan anda juga berpeluang menyaksikan tenaga dibelakang tabir Upin & Ipin menceritakan pengalaman masing-masing. Video yang dikemas kini setiap minggu ini juga merupakan video eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana lagi. Jangan lepaskan peluang ini. Disamping itu jangan ketinggalan menyertai peraduan Upin & Ipin yang sedang berlangsung ini. Saksikan Upin & Ipin pada pukul 5:30pm di
TV9 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.