
Kepada semua peminat Upin & Ipin pasti sudah membaca artikel menarik sempena Aidilfitri di surat khabar Kosmo pada Aidilfitri pertama tempoh hari. Artikel mengenai Adik Nurfathiah serta Dato' Siti Nurhaliza yang pertama kali digandingkan ini, ditulis dengan begitu menarik dan unik sekali. Kepada yang terlepas mendapatkan naskah Kosmo ini anda masih boleh membacanya secara online di
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm . Terima kasih kepada penulis kosmo, Opie serta warga kerja Kosmo yang lain kerana berjaya menghasilkan artikel ini untuk dikongsi semasa pagi Syawal.
Nurfathiah bersama Dato' Siti Nurhaliza