Friday, September 18, 2009

Baju Raya Upin & Ipin

Assalamualaikum. Nampaknya pada tahun ini Upin & Ipin tidak melepaskan peluang beraya dengan baju baru. Jika pada tahun-tahun lepas, maskot Upin & Ipin hanya beraya dengan seluar pendek sahaja, namun pada tahun ini masing-masing telah lengkap dengan baju melayu, sampin serta songkok. Nampak segak dan comel pasti mereka berdua ini akan memeriahkan aktiviti beraya pada tahun ini. Baju raya yang siap pada minggu terakhir ini terus dipakai oleh Upin & Ipin untuk bergambar bersama-sama staff Les' Copaque sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman untuk beraya nanti.

Upin bersedia untuk bergambar
Upin & Ipin berkumpul bersama staff Les' Copaque
Upin bergambar bersama staff wanita Les' Copaque

Upin dengan baju melayu bewarna kuningnya manakala Ipin yang berbaju melayu biru bergilir-gilir bergambar bersama-sama. Ini juga merupakan pertama kali staff Les' Copaque sendiri bergambar bersama maskot Upin & Ipin dengan pakaian raya. Di dalam seronokkan bergambar di ruang hadapan studio Les' Copaque, sempat juga beberapa pengunjung yang kebetulan berada di situ untuk beramah mesra dengan dua beradik ini.

Upin & Ipin sempat bersalam dengan peminat di dalam kereta
Upin & Ipin bersalam diantara satu sama lain

Staff Les' Copaque bergambar bersama maskot Upin & Ipin

Ipin bersama staff Les' Copaque yang juga berbaju berwarna biru.
Usamah Zaid meminta maaf daripada Upin & Ipin

Kesemua staff Les' Copaque bergambar di hadapan studio

Dikesempatan ini, Les' Copaque Production mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua peminat setia Upin & Ipin. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman. Jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin di Aidilfitri ini dan nantikan aktiviti yang lebih menarik bersama maskot Upin & Ipin selepas cuti hari raya nanti.