Wednesday, August 08, 2007

Lawatan dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Pada Selasa lepas, kami dilawati oleh pelajar-pelajar dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis. Ini adalah lawatan kali kedua dari PTSS. Lawatan dari Pelajar-pelajar jurusan filem, dan animasi ini adalah untuk melihat sendiri proses pembikinan animasi 3D. Pelajar-pelajar ini bersemangat untuk mengetahui dan belajar dengan lebih dalam lagi tentang animasi 3D.

Lawatan selama lebih kurang 2 jam itu di mulakan dengan penerangan proses pembikinan filem animasi, di samping itu mereka juga berkesempatan untuk melihat previu Upin & Ipin Berpuasa. Mereka juga dibawa melihat demonstrasi animation, storyboard, dan matte painting semasa lawatan.

Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat kami, dan memohon maaf jika ada serba kekurangan.










Bincang di forum!