Pelajar-pelajar Semester satu ini rata-rata mengambil jurusan Multimedia di MMC. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang animasi, dan multimedia.
Lawatan mereka bermula dengan penerangan tentang Les'Copaque Sdn. Bhd., dan juga filem Geng. Mereka amat bertuah kerana menjadi salah sebuah kumpulan pertama yang dapat menyaksikan Upin & Ipin : Episod 1 yang belum pernah di tunjukkan di mana-mana sebelum ini. Upin & Ipin merupakan salah satu projek Les'Copaque yang akan di tayangkan di stesyen TV tempatan pada bulan puasa nanti.
Seterusnya, mereka di bawa untuk melawat environment bekerja di Les'Copaque. Mereka di beri peluang berinteraksi dengan animator semasa bekerja.
Kemudian, mereka di bawa melihat Les'Copaque 2, di mana proses pre-produksi, dan post-produksi di jalankan.
Di harapkan, warga MMC terhibur sepanjang lawatan mereka di Les'Copaque. Kami memohon maaf, jika ada salah-silap, atau terlanjur kata. Terima Kasih.
Safwan, bergaya menerangkan proses modelling sambil menayangkan video.
Beramai-ramai bergambar sebelum menamatkan lawatan.
One More! One More! Kali ini disertai oleh hampir semua kakitangan di LC2.Bincang di Forum!





