Wednesday, August 01, 2007

Tenaga Baru

Di sini saya akan update mengenai 2 tenaga kerja baru di Les Copaque. Kedua-dua nya sebenarnya dah kerja di Les Copaque lebih kurang 1 bulan. Yang ni ialah Al Hafizi, selaku Marketing Executive di Les Copaque. Beliau pernah bekerja lebih satu tahun di bawah Metrowealth dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan. Pernah mengendali promosi dan pemasaran untuk filem Jangan Pandang Belakang dan Tentang Bulan.


Yang ini pula, Shahril. Pernah bekerja di bawah Saymohm dan terlibat dalam penghasilan beberapa siri animasi tempatan. Sekarang Shahril bekerja di bawah team modelling.


So, diharapkan dengan penambahan 2 staff baru Les Copaque ni dalam meningkatkan lagi kualiti kerja di sini... GO TEAM!