Wednesday, July 25, 2007

OMG!! Official Geng T-Shirt!!

Hari ni kami di lescopaque dah dapat T-Shirt baru!!Terima kasih kepada hafizi (yg kuat menyanyi) dan abangnye yg hantar tshirt ke office.Semua orang excited dan terus pakai T-Shirt Geng tak kira dah basuh ke tak.T-Shirt Geng ni mengekalkan warna tema lescopaque iaitu hitam/oren. Design T-Shirt pula direka bersama oleh Wan Kari dan Fuad selepas direject oleh mumu,saya dan nizam beberapa kali.Tshirt ni juga akan dijadikan hadiah kepada 15 bakal pemenang Pertandingan 'Mekap Kereta Sapy' yang bernasib baik.
Semua bergaya dengan baju baru.Ini budak EeJean perasan jadi Ah Long

Tengok ni,kononnya panggil meeting,Rupanya nak sergah budak2 LC02 dengan baju baru..
Ni gambar paling kelakar!!cube teka kepala siapa kene kerat tu? hahahaha!~~
Kami telah berbincang dan berpakat memakai T-Shirt geng pada hari Isnin setiap minggu.Akhir sekali semua staff lescopaque berkumpul dan bergambar beramai ramai.Termasuklah faiz walaupun dia pergi kelas harini.. :)