Monday, December 14, 2009

Upin & Ipin di Monsoon Cup Terengganu

Salam & Selamat Sejahtera!


Acara Monsoon Cup yang berlangsung di Kuala Terengganu pada tahun ini membawa sedikit kelainan di mana pihak Les' Copaque Production telah dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak. Bertempat di Ri- Yaz Heritage Resort & Spa, acara Monsoon Cup ini berlangsung dan pada masa yang sama juga, ibu-bapa sedang sibuk membuat pendaftaran untuk peraduan mewarna bagi anak-anak mereka yang khas dibawakan oleh pihak Utusan Karya dan juga Bank Rakyat

.
Kelihatan dari jauh kapal-kapal layar yang akan bertanding untuk acara Monsoon Cup

Aktiviti mewarna bermula seawal jam 9.00 pagi dan kelihatan dewan tempat aktiviti dijalankan penuh sesak dengan kanak-kanak comel yang sekitar usia 4-8 tahun yang telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai peraduan.Aktiviti mewarna dijalankan selama sekitar 1 jam dan kanak-kanak kemudiannya dikejutkan dengan kemunculan maskot-maskot yang dibawakan khas oleh penganjur. Adik-adik bertuah ini berpeluang berjumpa dengan maskot dari Bank Rakyat (Nuri), Utusan Karya (Kawan) dan akhir sekali sudah tentulah maskot Upin & Ipin yang ditunggu-tunggu.

Antara peserta comel peraduan mewarna


Ipin, Upin, Kawan dan Nuri bergabung tenaga bagi menceriakan lagi peserta-peserta peraduan mewarna.


"Yey!" itu lah ungkapan yang dijeritkan oleh adik-adik ini.Penuh semangat!


Sementara menunggu keputusan peraduan, adik-adik ini dihiburkan dengan beberapa aktiviti seperti Tarian Ayam atau lebih dikenali sebagai "Chicken Dance" yang di ketuai oleh Abang Mat (wakil dari Bank Rakyat) selaku MC pada hari itu. Bukan adik-adik sahaja yang terpaksa menari malahan maskot juga diberi peluang menunjukkan kemahiran tarian mereka.Teruja sungguh bila melihat Upin & Ipin menari!

Antara pemenang peraduan mewarna.Tahniah!!


Semasa aktiviti mewarna dijalankan, staf-staf atau pesilat-pesilat Les' Copaque juga sedang bertarung nyawa melayan kerenah peminat-peminat di luar yang tidak melepaskan peluang untuk membeli produk Original Upin & Ipin. Pelbagai produk baru telah dikeluarkan sempena musim sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.

Acara di luar dewan.Tawar-menawar antara pembeli dan penjual.

Dari kiri: Syamil, Abg Sazali, Shima, Sarah, Arif & Amin

Berehat sebentar sebelum balik ke Shah Alam

Selesai sahaja program, kami bertolak pulang ke Shah Alam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam kerana cuaca dan keadaan jalanraya yang rosak sekitar daerah di Terengganu. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kami selamat sampai dan tiada masaalah semasa perjalanan. Terima kasih kepada pihak Bank Rakyat dan juga Utusan Karya kerana sudi menjemput dan bekerjasama dengan kami.


Kepada peminat Upin & Ipin di Terengganu yang tidak mendapat peluang berjumpa dengan kami di acara Monsoon Cup, jangan risau kerana kami akan kembali ke "Negeri Penyu Bertelur" itu pada 19 - 20 Disember ini bertempat di Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu. Jumpa anda di sana!!

Written By : Nurul