Monday, December 21, 2009

MESIR OH MESIR





Pada 19hb Disember 2009 yg lalu, Atok, Opah dan dua anak Atok berangkat ke Kaherah, Mesir untuk melawat negara tersebut sambil bercuti. Perjalanan nya sahaja sudah begitu mencabar. Sepatutnya berangkat jam 3.15 pagi tetapi terlewat hingga pukul 7.30 pagi sebab kapal terbang rosak. Akhirnya kami sampai di Kahirah setelah teransit di Kuwait. Letih betul dibuatnya kerana perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam.






Setelah berihat semalaman, kesokan harinya kami dibawa melawat piramid. Piramid ini terletak tidak jauh dari hotel Atok menginap, kira-kira 15 km. Tempat itu dinamakan Giza District, dulunya padang pasir, tetapi sekarang telah dihuni oleh penduduk Kahirah yang telah bertambah dengan begitu pesatnya.






Terdapat tiga buah piramid dikawasan ini. Piramid adalah merupakan kubur raja Firaun dan terdapat sebuah Spinx yang menjaga Piramid tersebut. Spinx disini berbeza dari tempat lain kerana ia mempunyai muka Raja tersebut, sedangkan di tempat lain berkepala binatang. Piramid hanya ditemui oleh orang Perancis pada awal abad ke 20. Ia sebenarnya tertimbus didalam padang pasir dan digali untuk kelihatan seperti sekarang.


Atok & Opah bergambar bersama peminat tegar Upin & Ipin di Mesir. Kelihatan Spinx yang dimaksudkan.






Selepas melawat kompleks piramid, kami singgah di kedai minyak wangi. Pemiliknya adalah sepupu kepada Al Fayed taukeh Harrod di London. Apalagi, Opah pun boronglah minyak wangi.






Hari ini kami melawat Alexandaria yang terletak 200km dari Kaherah. Bandar ini terletak ditepi laut Mediteranean. Disini kami melawat istana Raja Farok, raja terakhir Mesir sebelum digulingkan oleh Presiden Jamal Abd. Nasir. Istananya terletak ditaman seluas 150 hektar. Orang ramai tidak dibenarkan masuk dan khabarnya , istana tersebut mempunyai 300 bilik.


Atok juga berkesempatan melawat makam Nabi Danial dan Lukman di Masjid Danial.
Atok rasa cukup untuk kali ini sebab letih sangat.