Friday, August 22, 2008

Lawatan dari INTAN

Pada 20 Ogos 2008 yg lepas Les' Copaque telah menerima lawatan dari INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara, Malaysia). Seramai lebih kurang 20 orang yang rata-ratanya sedang mengikuti kursus dan lawatan ke sini merupakan sebahagian dari lawatan sambil belajar untuk kursus mereka.

Disepanjang proses penerangan dijalankan mereka semua sungguh tertarik dan berminat dengan animasi dan proses produksi yang dijalankan di sini. Para pelawat kali ini sungguh bertuah kerana pada hari yang sama Fathiah secara kebetulannya sedang mengikuti proses rakaman suara. Mereka bukan saja dapat berkenalan dengan adik Fahtiah dengan lebih rapat malah dapat melihat bagaimana biasanya suara adik Fathiah direkod untuk suara Upin & Ipin.


En. Burhan bersama salah seorang wakil dari INTAN sedang memberi sedikit ucapan.



Penerangan yang terperinci mengenai produksi diberikan semasa berada di studio kami.

Begitu bersemangat dan berminat ketika proses mengenai animasi diterangkan.


Tempat terakhir lawatan sudah tentulah World Of Geng di mana semua merchandise GENG seperti t-shirt, bag sekolah, notepad, topi dan macam-macam lagi dijual di sini. Kebanyakan dari mereka merupakan peminat setia Upin & Ipin.

Terima kasih kepada warga INTAN yang amat memberi sokongan kepada LCP. Diharapkan lawatan tersebut sedikit sebanyak telah dapat memberi informasi mengenai proses animasi di LCP.

Bincang di forum


Gambar Oleh : Azim