Tuesday, August 26, 2008

Les' Copaque ke UTP Convofair 2008!

Pada 22 ogos 2008 yg lepas Les' copaque telah dijemput untuk turut serta memeriahkan Pesta Convo UTP (Universiti Teknologi Petronas) di Tronoh, Perak selama 3 hari bermula pada hari jumaat sehinggalah pada hari ahad. Sepanjang Crew Les' Copaque berada di sana, sambutan dari orang awam serta warga UTP yang datang berkunjung di sana sangatlah meriah dan mendapat maklum balas yang positif daripada peminat tidak kira kanak-kanak sehinggalah yang dewasa.

Pesta Convo yang berlangsung disana telah memberikan semangat kepada kami kerana sambutan hangat dari para peminat yang tidak henti-henti berkunjung dan membeli merchandise seperti T-shirt, Beg Sekolah Upin Ipin dan macam-macam lagi. Tayangan trailer terbaru Geng serta Upin&Ipin juga tidak ketinggalan untuk dipaparkan kepada peminat yang sudah tidak sabar menanti kemunculan movie Geng yang bakal berada di pawagam tidak lama lagi.


Antara produk yang dijual semasa Convofair berlangsung


Kunjungan student UTP yang hadir pada malam perasmian Convofair


Antara pengunjung yang tertarik dengan barangan Upin & Ipin sempat bergambar kenangan bersama staff Les' Copaque

En.Hassan sedang tekun melayan peminat yang ingin membeli baju


Terpancar senyuman yang ceria dari adik ini setelah mendapat T-shirt Upin&Ipin daripada en.hassan

Bergambar kenangan bersama Commitee Convofair yang banyak membantu kami semasa Convofair tersebut berlangsung




Terima kasih diucapkan kepada warga Universiti Teknologi Petronas kerana sudi menjemput kami bersama-sama memeriahkan pesta convo pada tahun ini disamping dapat mempromosikan Geng serta Upin&Ipin kepada orang ramai yang berkunjung di sana.