Monday, March 24, 2008

Dusun Atok di Tanjung Malim

Pada Sabtu yang lepas, seramai 10 orang warga Les Copaque telah ke Tanjung Malim, selepas kami menghadiri hari terbuka di UPSI. Turut serta Kannan a.k.a Rajoo dan juga Tiah a.k.a UpinIpin untuk menyertai rombongan kami ke dusun Atok. Tanah dusun ni Atok baru sahaja beli.... Memang best , ada banyak pokok durian plak tu. Pokok je, buah belum lagi. Atok bercadang nak mengubahsuai tanah ni dengan membuat satu kolam besar untuk memancing dan lain-lain lagi. Tapi yang kami paling seronok, adalah sungai jernih yang berdekatan.

Inilah lagak Raja Hutan sambil memerhatikan kawasannya yang sedang dicerobohi orang.

Tiah dan Kannan juga seronok melihat sungai yang cantik tu. Pada mula mereka hanya mahu mengambil gambar sahaja.

Woohooo Geng kat Sungai Dusun Atok! (Animator yang jarang keluar dari ofis memang macam ni)


Akhirnya semua orang turun ke sungai nak merasa air sejuk. Tapi apa guna turun sungai kalau tak mandi. Betul tak Kannan?


Betul!!! Jom mandi!

Woohoo lumba! Lumba!! Bestnye!!! (Padahal kerja kat office bertimbun lagi tu)

Okay setakat ni je. Jangan jeles!