He..he.. banyak sekali pertanyaan bila siap filem "Geng" ni sejak kebelakangan ni. Sabar...sabar.. yang pasti filem ni mesti siap tahun ni. Sebenarnya cucu Atok tu dah tersalah agak, dia orang ingat senang buat filem ni...rupanya lebih susah dari apa yang dia orang rancang.
Atok nak beri tau peminat semua tentang status pembuatan seperti berikut:
Animasi: Animasi filem hampir siap keseluruhannya...hanya tinggal 4 minit sahaja lagi. Walau bagaimanapun setelah diedit, banyak scene yang harus dibuat semula. Maklumlah, banyak scene yang diawal filem ni dibuat oleh mereka sewaktu tidak ada pengalaman lagi. Jadi animasinya tidak mencapai mutu animasi seperti dalam Upin dan Ipin. Oleh kerana itu banyak scene terpaksa diolah semula. Selain dari itu, oleh kerana Upin dan Ipin telah berjaya dan didalam skrip asal, mereka tidak banyak memainkan peranan besar, jalan cerita telah diolah semula untuk memberikan mereka peranan yang lebih besar, olih kerana itu banyak scene terpaksa dibuat semula. Untuk pengetahuan peminat, setiap animator hanya dapat menyudahkan animasi sebanyak 5 second sehari, itu pun belum tentu bolih diterima oleh budak Nizam tu. Kalau tak boleh kena buat balik.
Pada waktu sekarang, sebanyak 63minit filem ini telah siap diedit untuk diwarnakan. Baki filem tersebut yang sebanyak 30 minit sedang giat diedit dan Insyaallah bulan depan, filem ini akan siap diedit.
Musik: Pada awalnya kami berhasrat untuk menggunakan khidmat Kantana Studio, Bangkok untuk membuat sound design kerana ia merupakan studio bertaraf antara bangsa. Nenek hendak semua musik dalam bentuk orchestra. Tetapi, setelah mendengar sound design yang mereka buat untuk 30 minit yang pertama filem ini, kami telah membatalkan rancangan tersebut. Ini disebabkan oleh kerana musiknya lebih berbunyi Thailand dari Malaysia. Sekarang musik tersebut digubah olih En. Anuar Razak dari Nada Musik Studio. Olih kerana musik tersebut dibuat disini, kami fikir ia lebih senang diolah kerana kami senang berhubung.
Folley: Folley ni bunyi-bunyian atau effect bunyi. Pada asalnya kami serahkan kepada Kantana Studio, tetapi semuanya tidak kena pada pendengaran kami. Oleh kerana itu, kami terpaksa membuatnya sendiri di Studio kami dibawah arahan Anas.
Rendering: Ini adalah proses mewarna yang paling susah sekali. Pada mulanya si Nizam ingat senang sebab kami dapat menggunakan mesin yang canggih di MIMOS. Mesin ni berharga hampir RM 3 Juta ringgit dan tersangat laju. Walaupun mesin tersebut laju, tetapi proses menyiapkan set seperti penataan cahaya, set background dan sebagainya mengambil masa yang lama. Oleh kerana itu, proses mewarna ini mengambil masa tiga kali lebih lama dari jangkaan kami.
Insyallah filem ini dapat disiapkan selewat-lewat nya dalam bulan June 2008. Walaubagaimanapun, banyak lagi proses yang diperlukan sebelum ia dapat menemui peminat di pawagam. Kami merancang untuk menayangkan filem inin di pawagam pada bulan November atau Disember tahun ini waktu cuti sekolah. Jadi peminat semua diharap bersabar menunggu.
Cucu-cucu Atok tu dah penat bersengkang mata melayan Upin dan Ipin. Pasti peminat semua terhibur kerana mereka berusha membuat yang terbaik