Showing posts with label Team-troduction. Show all posts
Showing posts with label Team-troduction. Show all posts

Thursday, February 04, 2010

Sesi Bergambar 2010

Wah, dah lama betul kita tak reveal kesemua wajah-wajah staff Les' Copaque yang kacak dan ayu ni. Sempena tahun baru 2010 ini, kesemua staff dikenakan bergambar beramai-ramai dengan jacket LCP yang baru. Lebih kurang 80 orang staff yang dikumpulkan dalam satu sesi bergambar yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk media dan inhouse. Sebenarnya bukan mudah nak kumpulkan kesemua staff dalam satu masa macam ni. Tapi bila dah depan kamera masing-masing susah nak berhenti.



Ramai yang bersemangat dalam sesi bergambar ni

Atok bersama Opah dan Pn Afiza ketika sedang bersedia

Antara wajah lelaki kacak LCP

Nak bergambar kenalah senyumkan

Kalau siapa nak tahu, kesemua staff Les' Copaque ni tersangatlah ceria dan happening. Kalau bergambar tu, macam-macamlah pose yang akan keluar. Camera pula taknak ambik cara biasa, mesti angle pelik-pelik sikit. Cameraman pun boleh tahan tu, dari pose berdiri, baring hinggalah kepada pose tingkap semuanya akan dilakukan demi untuk mendapatkan shot yang lawa.

Cantik, tapi tak muat gambar semua orang

Kakitangan LC Merchandising yang tampil
dengan serba biru

Nak juga bergambar dihadapan U & I Boutique

Dari pose berdiri

Sambung dengan pose baring

Hinggalah ke pose luar tingkap

Dapatpun ambik semua staff LCP dari atas. Baru nampak comel sikit

Selepas selesai bergambar bersama-sama, setiap staff LCP bersemangat untuk terus mengeluarkan animasi Upin & Ipin yang lebih berkualiti dan menarik. Jadi nantikan musim baru Upin & Ipin nanti di TV9.



p/s : U & I Boutique dah berwajah baru? Ok, lepas ni kita akan lihat macam mana rupa boutique baru Upin & Ipin.

Wednesday, January 06, 2010

Introducing Rendering Team





Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Kali ni tibalah masanya untuk TEAM RENDERING memperkenalkan ahli – ahli nya. Tapi sebelum itu, biar kami menceritakan serba sedikit tentang APA ITU RENDERING.

Proses rendering ini bermula sesudahnya proses animasi selesai. Semasa proses animasi dijalankan, keadaan sesuatu shot atau scene adalah di dalam keadaan kelabu dan tiada warna. Tugas kami di department rendering adalah memberi warna kepada shot atau scene tersebut.

Secara kasarnya, untuk memberi warna kepada sesebuah shot atau scene, ada 3 perkara penting yang perlu diambil kira.

1. Lighting
2. Mood
3. Texture

tanpa 3 proses di atas, proses rendering tidak dapat dijalankan. Bagi memudahkan lagi proses ini, kami telah membahagikan team kepada 2 kumpulan kecil iaitu Background dan Character.




Team Rendering

Dia adalah Head Of Department Rendering. Tugas Yuki adalah membuat benchmark bagi Team Character. Dia selalu menjamu buah-buahan untuk Rendering Team. Jangan terpedaya dengan kecomelannya kerana sebenarnya dia sungguh garang. Walaupun begitu, dia banyak memberi inspirasi dan semangat kepada Rendering Team. Jangan tak tahu, Yuki ni adalah pelakon suara bagi watak Meimei!.

Ah Wei juga adalah Head Of Set Design dan dia dipertanggungjawabkan untuk membuat texture dan set background. Dia sangat menggilai Stitch. Sampaikan Stitch comel macam dia. Orangnya garang-garang, percakapannya selalu jerit-jerit, tetapi sebenar nya dia sungguh baik hati dan tidak pernah kedekut ilmu.

Jawatannya adalah Rendering/Art Supervisor. Selain menjalankan tugasnya sebagai Render Artist, dia juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan website, blog, komik, majalah dan event. Senang cerita, dia adalah PR untuk Les’ Copaque Production. Multi-tasking lah dia ni. Orangnya malu-malu, comel-comel sikit dan selalu senyum.

Bertanggungjawab untuk menjaga timeline dan juga kualiti untuk Team Background. Seorang yang mudah tersenyum dan manis orangnya. Dia nampak ganas di luaran tetapi sebenarnya agak pemalu dan sentimental. Tetapi, ketika waktu bekerja, dialah antara orang yang paling serious dalam menjalankan tugasnya. Kualiti kerjanya sentiasa dititikberatkan dan kebanyakan hasil kerjanya dijadikan rujukan oleh orang lain. Wow! Oh, dia ni adalah Lead Render Artist bagi Team Background.

Tugas sebagai Lead Render Artist adalah untuk memastikan Team Character sentiasa on schedule dan menjaga kualiti lighting character. Itulah tanggungjawab yang dipikul oleh Ropies. Matanya tajam, nampak saje benda yang perlu di ammend. Orangnya cool tapi tegas dalam melaksanakan kerja dan dia sentiasa murah dengan senyuman.


Sebagai Senior Render Artist, dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga timeline dan kualiti untuk Team Background. Nazuan ni, Quad-core orangnya. Dia boleh buat macam-macam dalam 1 masa yang sama. Contohnya, dia boleh pergi event, bersukan, tapi masih boleh deliver shot dengan sebaiknya!. Hebatkan? Nazuan ni jenis yang slumber je, go with the flow. Memang senang nak berurusan dengannya sebab dia juga peramah.

Haaa… Feela nie pulak, orangnya manja-manja, comel-comel, dan periang orangnya. Tapi kalau time dia emo, dengan 1 department dia tak bercakap. Dia juga selalu membekalkan Rendering Team dengan makanan-makanan yang ‘berkhasiat’. Lagu-lagu dan fesyen Korea pula menjadi pilihan ideal cik Feela kita ni. Dia bertindak sebagai Render Artist dalam Team Character.

Kalau anda masuk dalam Department Rendering, dan anda terlihat seorang yang kecil-kecil tubuh badannya, mukanya comel, berperwatakan baik, itulah Asrol. Tapi yang sebenarnya, dia ni agak nakal, dan suka mengusik orang. Asrol tidak sah kalau sehari tak mengacau orang. Dia juga salah seorang Render Artist dalam Team Background.

Pantas! Sangat pantas! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan Akob. Berjalan pon dia laju, main futsal pon dia terrer, badminton….. tak payah cakap lah, setakat ni tak ada orang yang boleh kalahkan dia. Dia juga suka belanja rakan-rakannya, mukanya ala-ala arab, hensem. Dia juga salah seorang Render Artist di dalam Team Character.

Sangat meminati One Piece. Di mejanya penuh dengan action figure One Piece, kapal pon ada. Acap ni, baik orang nya, selalu suka membantu rakan-rakan. Di office, sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan dengan PC, Acap lah orang yang dicari. Dia dipertanggungjawabkan sebagai Technical Manager/Senior Render Artist. Dia juga termasuk dalam Team Character.


Nama samarannya adalah Yuna sebab, dia ni suka sangat menyanyi dan “menghiburkan” rakan-rakan render artist yang lain. Namun begitu, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan mudah menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan. Dia adalah salah seorang Render Artist didalam Team Background.

Seorang yang happy go lucky, suka ketawa dan susah nak berhenti. Tapi Aen ni sensitif orangnya. Macam Feela juga, Aen banyak dipengaruhi lagu-lagu dan juga fesyen-fesyen Korea. Kadang-kadang, si Aen ni nakal juga, suka mengacau orang. Dia banyak membantu Ah Wei dalam preparation set background dan juga texture. Dia juga mempunyai bakat dalam animation department. Tugasnya dalam Rendering Department adalah sebagai Background Modeler.


Rendering Team

Aktiviti

Demi merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Rendering Team, pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama seperti Fruit’s Day, Eat At Qaseh, dan segala macam lagi aktiviti. SERONOK~!!!! Selain daripada beraktiviti bersama, kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Hubungan kami rapat bagaikan sebuah keluarga umpama aur dengan tebing, bagai air dicincang takkan putus... Sukar nak digambarkan sebenarnya hubungan kami adik-beradik.


Decorating department bersama-sama

Fruit's day


Christmas tree

Makan bersama di Carl's Jr

Itulah diantara aktiviti yang dilakukan oleh Department Rendering. Ada banyak lagi, nanti kitaorang update lagi. ^^~

Written By : Razuri & Feela
Design By : Akob
Photo By :
Ropies & Aen
Rendering Team Charikatur : Zarin
Composition & Flash : Nazuan & Asrol


Wednesday, November 25, 2009

TEAM-TRODUCTION - Audio Department!


Hai semua. Apa khabar? Kali ini merupakan giliran Audio Department untuk memenuhi slot Team-Troduction. Audio Department juga dikenali dengan nama samarannya Audiopeople. Tugas kami ialah menyediakan semua jenis audio untuk produksi-produksi Les Copaque. Ini termasuklah rakaman lakonan suara, penyediaan kesan bunyi dan juga muzik. Setakat ni, Audiopeople dianggotai oleh 5 orang. Jom kita kenali mereka dengan lebih rapat.

Mohd Shafiq
Bertugas sebagai Creative Supervisor yang bertanggungjawab memantau kualiti dan hasil kerja Audio Department. Kalau nak tahu, dialah pelakon suara buat Jarjit, Uncle Muthu dan juga Uncle Singh dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Mohamad Zaki
Bertugas sebagai Ketua Audio, dengan tugas utamanya merakam suara dan membuat persiapan terakhir bagi semua elemen-elemen audio. Minatnya yang mendalam dalam audio mendorongnya untuk menceburi bidang ini. Kalau nak mintak autograf Tiah (atau Jarjit), bolehlah minta dengan En. Zaki, sebab dia yang selalu rakam suara Upin dan Ipin.

Mohd Muiz
Bertugas sebagai Audio Designer yang mereka kesan bunyi / sound effects dan juga membuat rakaman "mock-up". Mari mendengar kata-kata dari Muiz sendiri:

"Design sound effect bagi saya adalah satu kerja yang sangat menyeronokkan kerana setiap bunyi yang dihasilkan adalah berdasarkan kreativiti tersendiri. Jadi, saya boleh buat apa saja yang saya suka selagi bunyi yang dihasilkan bersesuaian dan sedap didengar. Kesimpulannya, saya gembira di Audio Department! Yeah!!"

Rufaidah (Ice)
Bertugas sebagai Audio Designer yang membantu Muiz membuat kesan bunyi. Ice merupakan ahli Audiopeople yang paling baru. Semangatnya sangat tinggi dan ini membuatkan kerja-kerja kesan bunyi bertambah laju dan laju!

Faren
Bertugas sebagai Komposer Muzik yang mencipta skor muzik untuk Upin & Ipin. Dia juga terlibat dengan skor muzik untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula bersama dengan Yuri Wong dari The Factory Music Studio. Skor muzik filem Geng merupakan salah satu calon Skor Muzik Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22. Yuri Wong juga merupakan pencipta lagu tema Upin & Ipin. Untuk mengenali lebih tentang Faren dan proses pembuatan muzik, layari interview video di Bluehyppo.com dan profailnya di laman web LUCT.


Nak tengok macamana kami buat kerja? Apabila kami menerima skrip, rakaman "mock-up" akan dibuat bagi membolehkan para animator membuat animasi. Apabila animasi sudah siap, proses seterusnya ialah menambahkan kesan bunyi dan juga muzik. Pada masa yang sama, rakaman suara akan dibuat dengan menggunakan pelakon suara yang sebenar.






Haa, best tak? Berminat nak bekerja sebagai Audiopeople? Kalau anda minat, jangan malu-malu, sila hantar resume dan portfolio anda ke jobs@lescopaque.com




Wednesday, November 04, 2009

TEAM-TRODUCTION - Design Department!

Hai! Inilah sesi TEAM-TRODUCTION yang julung-julung kali di siarkan dalam blog ini! Dalam sesi ini, kami akan memperkenalkan ahli pasukan di sebalik Les' Copaque Production. Untuk minggu ini, kami akan membawa anda, pembaca setia blog kami lebih dekat dengan Design Department.


Design Department, team yang mereka dan menghasilkan design-design untuk U&I sebagai merchandise, yang kemudiannya di jual di outlet U&I. Rata-rata ahli team-design adalah graduan dari course Graphic Design dan Multimedia.


Messy Board (Board Semak)
Di mana design-design yang lama atau baru disemakkan di sini, di mana designers boleh melihat sebagai rujukan. Juga untuk paparan semua orang.


Ini dia wajah designers Les' Copaque Production Sdn. Bhd.

Mari mengenali mereka!


Click for a bigger picture.


FUAD
Fuad Md. Din. Tugas dia untuk memastikan setiap kerja yang diberikan kepada Design Team berjalan dengan lancar dan siap tepat pada masa yang ditetapkan. Walaupun orangnya tinggi berbadan besar tapi hatinya lembut. Prinsip dia adalah, “We are a family, together we rise, divided we fall”.

Kegemaran : Pokka Green Tea & Star Wars
Benci : Windows

QILA
Raidah Aqilah atau lebih dikenali sebagai ‘Killer Rider’ di LCP. Kenapa? Kerana die mempunyai senyuman maut. Seorang yang sangat lemah lembut dan bersuara halus. Tapi kreativiti dia sangat luar biasa. Bukanlah calang-calang orang gadis pemalu ini. Seorang yang sentiasa berpandangan positif. Agak pendiam, tetapi selepas pukul 6, ‘Killer Rider’ menjelma.

Kegemaran : Sailormoon, Slamdunk, Motor besar, Komik dan Vitagen Putih.
Benci : Tabung Rukawa di jentik orang.

ADAM
Adam Amiruddin. Insan yang paling kuat ketawa di LCP. Dari pandangan luaran, seorang yang suka bermain dan kebudak-budakkan. Berjiwa muda. Oleh itu, idea yang dikeluarkan ‘fresh’, menarik dan hebat-hebat belaka, sesuai untuk menghasilkan karya kanak-kanak seperti upin dan ipin. Adam pandai membahagikan kerja dalam Design Team. Sangat suka bermain nintendo DS, mungkin kerana inilah dia bergeliga dan sentiasa mencetuskan idea baru.

Kegemaran : Mengumpul mainan Batman, dan Robin, Nintendo DS
Benci : Sony PSP

IZS
Nur Izdiany Shaharom atau Izs sebagai nama manja. Seorang yang penyabar dan suka menyanyi. Dalam Design Team ni, penampilan dan pemikiran izs tampak lebih matang daripada yang lain. Seorang pakar website, HTML? XTML? Tiada masalah bagi Izs. Dia lah penggerak website Upin & Ipin. Bijak berkata-kata dan selalu memberi falsafah hidup kepada kami semua.

Kegemaran : Berbahasa berbunga-bunga & Karaoke
Benci : Tempat Design yang bersepah setiap pagi.

SAL
Sallyna Ahmad Yakob atau Sal panggilan mesra. Seorang yang agak kelam kabut, sentiasa menunjukkan emosinya melalui ekspresi muka dan gerak badannya. Apabila, seronok, takut atau gembira, pasti mendengar suara lantangnya memenuhi ruang udara LCP. Sentiasa mendengar arahan dan kuat berusaha. Cepat tangkap tunjuk ajar yang diberikan kepadanya. Kadangkala tampak ganas tapi berjiwa sensitif.

Kegemaran : Teddy Bear & Karaoke
Benci : Kelam-kabut.

LEMAN
Suleiman Bakti Azlan atau nama timangan Leman. Seorang yang gemar berlawak jenaka bagai nak pecah perut dan kejang mulut Design Team kerana ketawa yang melampau. Hasil karya dia konsisten, kualiti setiap karya sentiasa terjaga. Mendengar pendapat orang lain untuk memperbaiki hasil karya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Masa kerja masih bergurau senda, tapi kerja tetap berjalan. Peminat Elvis Presley sejati. Style rambut dia pun disikat seperti Elvis.

Kegemaran : Elvis Presley & Karaoke
Benci : Makanan manis, coklat, kek.

HIZRAL
Hizral Ashraq Zakaria atau Hizral. Perwatakan seperti seorang ayah. Oleh itu, Hizral ini seorang yang ringkas dan santai. Dia mempunyai pengalaman bekerja banyak dan sering tunjuk ajar Design Team menggunakan perisian komputer yang baru, malah yang tidak pernah dengar pun ada. Tidak kedekut ilmu orangnya.

Kegemaran : Games & XBOX 360
Benci : PS3.

NAS
Mohd Nasrun Nasir atau Nas. Tambahan paling baru dalam Design Team. Tak banyak bercakap. Malu-malu kucing bak pepatah orang melayu. Peminat Spiderman yang sejati, mempunyai bakat yang terpendam tapi masih segan untuk menonjolkan bakat. Ada potensi untuk menjadi lebih hebat. Senang berkawan dan pandai menyesuaikan diri.

Kegemaran : Spiderman & Transformers.
Benci : Iron Man


SARAH
Sarah Nadhirah Azman atau Sarah. Perwatakan seperti seorang 'diva' kerana cara dia bercakap seperti garang. Seorang yang baik hati, jujur, rajin dan sangat berdedikasi pada kerja. Sentiasa menceriakan Design Team dengan telatah dia yang kuat bercakap. Orang kedua paling kuat ketawa di dalam LCP (Selepas Adam)

Kegemaran : Gosip dan Fashion.
Benci : Gelaran Diva.

Sekian untuk sesi Team-troduction kali ini, seterusnya kami akan memperkenal kan team-team lain!

Written By : Fuad & Sarah
Photo By : Sarah