Showing posts with label Recruits. Show all posts
Showing posts with label Recruits. Show all posts

Wednesday, April 07, 2010

Staff baru 2010 (Bahagian 3)

Nampaknya ini merupakan bahagian terakhir di dalam memperkenalkan staff baru 2010. Memang wajah-wajah baru ini kesemuanya begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas masing-masing. Terdapat juga department baru yang diwujudkan demi memantapkan lagi rutin kerja LCP.



IT Department

IT merupakan department baru yang diwujudkan memandangkan terlalu banyak perkara berkaitan dengan IT yang perlu diuruskan. Dari pengelenggaraan komputer hinggalah kepada perisian semuanya diuruskan oleh pegawai IT yang baru iaitu Hafiz. Hafiz yang berperwatakan ceria menggemari Transformer dan sangat gemar bercakap. Mempunyai pengalaman sebagai cikgu Hafiz sering kali membantu semasa proses lawatan pelajar ke LCP.

Rendering Department

Adadya dan Is merupakan dua wajah baru di dalam rendering department. Walaupun tugas rutin render artis yang me"warna" namun Adadya pula gemar menyanyi. Belajar dari UTeM, Adadya sebenarnya mempunyai ramai kawan di sini yang juga merupakan graduan UTeM.

Music/Audio Department

Music deparment pula diceriakan dengan kemasukkan Aran sebagai music composer yang baru. Sedang dilatih di bawah Azfaren, Aran dilihat mempunyai bakat serta potensi besar pada masa akan datang. Memang meminati muzik, Aran juga mempunyai beberapa peralatan muzik peribadinya yang turut dibawa ke office. Majinn pula yang baru ditempatkan di dalam Audio Department begitu bersemangat di dalam menghasilkan mock-up bunyi dan editing. Majinn ataupun nama sebenarnya ialah Hazimin ini ialah bekas graduan UTeM dan juga mempunyai kemahiran menghasilkan laman web.

Compositing

Terakhir sekali ialah Emy yang dimasukkan di dalam compositing department. Emy yang kelihatan seperti keanak-anakan sebenarnya sangat berbakat di dalam compositing. Emy juga sebenarnya merupakan bekas pelajar latihan modelling 3d di LCP. Mempunyai asas yang kuat di dalam 3D, tidak hairanlah Emy mempunyai potensti yang besar di dalam bidang ini.

Oklah, itulah sahaja staff baru untuk 2010. Kepada semua staff baru diucapkan selamat bekerja dan kepada yang berminat ingin menyertai pasukan LCP hantarlah resume anda di jobs@lescopaque.com

Wednesday, January 06, 2010

Introducing Rendering Team





Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Kali ni tibalah masanya untuk TEAM RENDERING memperkenalkan ahli – ahli nya. Tapi sebelum itu, biar kami menceritakan serba sedikit tentang APA ITU RENDERING.

Proses rendering ini bermula sesudahnya proses animasi selesai. Semasa proses animasi dijalankan, keadaan sesuatu shot atau scene adalah di dalam keadaan kelabu dan tiada warna. Tugas kami di department rendering adalah memberi warna kepada shot atau scene tersebut.

Secara kasarnya, untuk memberi warna kepada sesebuah shot atau scene, ada 3 perkara penting yang perlu diambil kira.

1. Lighting
2. Mood
3. Texture

tanpa 3 proses di atas, proses rendering tidak dapat dijalankan. Bagi memudahkan lagi proses ini, kami telah membahagikan team kepada 2 kumpulan kecil iaitu Background dan Character.




Team Rendering

Dia adalah Head Of Department Rendering. Tugas Yuki adalah membuat benchmark bagi Team Character. Dia selalu menjamu buah-buahan untuk Rendering Team. Jangan terpedaya dengan kecomelannya kerana sebenarnya dia sungguh garang. Walaupun begitu, dia banyak memberi inspirasi dan semangat kepada Rendering Team. Jangan tak tahu, Yuki ni adalah pelakon suara bagi watak Meimei!.

Ah Wei juga adalah Head Of Set Design dan dia dipertanggungjawabkan untuk membuat texture dan set background. Dia sangat menggilai Stitch. Sampaikan Stitch comel macam dia. Orangnya garang-garang, percakapannya selalu jerit-jerit, tetapi sebenar nya dia sungguh baik hati dan tidak pernah kedekut ilmu.

Jawatannya adalah Rendering/Art Supervisor. Selain menjalankan tugasnya sebagai Render Artist, dia juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan website, blog, komik, majalah dan event. Senang cerita, dia adalah PR untuk Les’ Copaque Production. Multi-tasking lah dia ni. Orangnya malu-malu, comel-comel sikit dan selalu senyum.

Bertanggungjawab untuk menjaga timeline dan juga kualiti untuk Team Background. Seorang yang mudah tersenyum dan manis orangnya. Dia nampak ganas di luaran tetapi sebenarnya agak pemalu dan sentimental. Tetapi, ketika waktu bekerja, dialah antara orang yang paling serious dalam menjalankan tugasnya. Kualiti kerjanya sentiasa dititikberatkan dan kebanyakan hasil kerjanya dijadikan rujukan oleh orang lain. Wow! Oh, dia ni adalah Lead Render Artist bagi Team Background.

Tugas sebagai Lead Render Artist adalah untuk memastikan Team Character sentiasa on schedule dan menjaga kualiti lighting character. Itulah tanggungjawab yang dipikul oleh Ropies. Matanya tajam, nampak saje benda yang perlu di ammend. Orangnya cool tapi tegas dalam melaksanakan kerja dan dia sentiasa murah dengan senyuman.


Sebagai Senior Render Artist, dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga timeline dan kualiti untuk Team Background. Nazuan ni, Quad-core orangnya. Dia boleh buat macam-macam dalam 1 masa yang sama. Contohnya, dia boleh pergi event, bersukan, tapi masih boleh deliver shot dengan sebaiknya!. Hebatkan? Nazuan ni jenis yang slumber je, go with the flow. Memang senang nak berurusan dengannya sebab dia juga peramah.

Haaa… Feela nie pulak, orangnya manja-manja, comel-comel, dan periang orangnya. Tapi kalau time dia emo, dengan 1 department dia tak bercakap. Dia juga selalu membekalkan Rendering Team dengan makanan-makanan yang ‘berkhasiat’. Lagu-lagu dan fesyen Korea pula menjadi pilihan ideal cik Feela kita ni. Dia bertindak sebagai Render Artist dalam Team Character.

Kalau anda masuk dalam Department Rendering, dan anda terlihat seorang yang kecil-kecil tubuh badannya, mukanya comel, berperwatakan baik, itulah Asrol. Tapi yang sebenarnya, dia ni agak nakal, dan suka mengusik orang. Asrol tidak sah kalau sehari tak mengacau orang. Dia juga salah seorang Render Artist dalam Team Background.

Pantas! Sangat pantas! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan Akob. Berjalan pon dia laju, main futsal pon dia terrer, badminton….. tak payah cakap lah, setakat ni tak ada orang yang boleh kalahkan dia. Dia juga suka belanja rakan-rakannya, mukanya ala-ala arab, hensem. Dia juga salah seorang Render Artist di dalam Team Character.

Sangat meminati One Piece. Di mejanya penuh dengan action figure One Piece, kapal pon ada. Acap ni, baik orang nya, selalu suka membantu rakan-rakan. Di office, sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan dengan PC, Acap lah orang yang dicari. Dia dipertanggungjawabkan sebagai Technical Manager/Senior Render Artist. Dia juga termasuk dalam Team Character.


Nama samarannya adalah Yuna sebab, dia ni suka sangat menyanyi dan “menghiburkan” rakan-rakan render artist yang lain. Namun begitu, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan mudah menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan. Dia adalah salah seorang Render Artist didalam Team Background.

Seorang yang happy go lucky, suka ketawa dan susah nak berhenti. Tapi Aen ni sensitif orangnya. Macam Feela juga, Aen banyak dipengaruhi lagu-lagu dan juga fesyen-fesyen Korea. Kadang-kadang, si Aen ni nakal juga, suka mengacau orang. Dia banyak membantu Ah Wei dalam preparation set background dan juga texture. Dia juga mempunyai bakat dalam animation department. Tugasnya dalam Rendering Department adalah sebagai Background Modeler.


Rendering Team

Aktiviti

Demi merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Rendering Team, pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama seperti Fruit’s Day, Eat At Qaseh, dan segala macam lagi aktiviti. SERONOK~!!!! Selain daripada beraktiviti bersama, kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Hubungan kami rapat bagaikan sebuah keluarga umpama aur dengan tebing, bagai air dicincang takkan putus... Sukar nak digambarkan sebenarnya hubungan kami adik-beradik.


Decorating department bersama-sama

Fruit's day


Christmas tree

Makan bersama di Carl's Jr

Itulah diantara aktiviti yang dilakukan oleh Department Rendering. Ada banyak lagi, nanti kitaorang update lagi. ^^~

Written By : Razuri & Feela
Design By : Akob
Photo By :
Ropies & Aen
Rendering Team Charikatur : Zarin
Composition & Flash : Nazuan & Asrol


Wednesday, November 25, 2009

TEAM-TRODUCTION - Audio Department!


Hai semua. Apa khabar? Kali ini merupakan giliran Audio Department untuk memenuhi slot Team-Troduction. Audio Department juga dikenali dengan nama samarannya Audiopeople. Tugas kami ialah menyediakan semua jenis audio untuk produksi-produksi Les Copaque. Ini termasuklah rakaman lakonan suara, penyediaan kesan bunyi dan juga muzik. Setakat ni, Audiopeople dianggotai oleh 5 orang. Jom kita kenali mereka dengan lebih rapat.

Mohd Shafiq
Bertugas sebagai Creative Supervisor yang bertanggungjawab memantau kualiti dan hasil kerja Audio Department. Kalau nak tahu, dialah pelakon suara buat Jarjit, Uncle Muthu dan juga Uncle Singh dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Mohamad Zaki
Bertugas sebagai Ketua Audio, dengan tugas utamanya merakam suara dan membuat persiapan terakhir bagi semua elemen-elemen audio. Minatnya yang mendalam dalam audio mendorongnya untuk menceburi bidang ini. Kalau nak mintak autograf Tiah (atau Jarjit), bolehlah minta dengan En. Zaki, sebab dia yang selalu rakam suara Upin dan Ipin.

Mohd Muiz
Bertugas sebagai Audio Designer yang mereka kesan bunyi / sound effects dan juga membuat rakaman "mock-up". Mari mendengar kata-kata dari Muiz sendiri:

"Design sound effect bagi saya adalah satu kerja yang sangat menyeronokkan kerana setiap bunyi yang dihasilkan adalah berdasarkan kreativiti tersendiri. Jadi, saya boleh buat apa saja yang saya suka selagi bunyi yang dihasilkan bersesuaian dan sedap didengar. Kesimpulannya, saya gembira di Audio Department! Yeah!!"

Rufaidah (Ice)
Bertugas sebagai Audio Designer yang membantu Muiz membuat kesan bunyi. Ice merupakan ahli Audiopeople yang paling baru. Semangatnya sangat tinggi dan ini membuatkan kerja-kerja kesan bunyi bertambah laju dan laju!

Faren
Bertugas sebagai Komposer Muzik yang mencipta skor muzik untuk Upin & Ipin. Dia juga terlibat dengan skor muzik untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula bersama dengan Yuri Wong dari The Factory Music Studio. Skor muzik filem Geng merupakan salah satu calon Skor Muzik Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22. Yuri Wong juga merupakan pencipta lagu tema Upin & Ipin. Untuk mengenali lebih tentang Faren dan proses pembuatan muzik, layari interview video di Bluehyppo.com dan profailnya di laman web LUCT.


Nak tengok macamana kami buat kerja? Apabila kami menerima skrip, rakaman "mock-up" akan dibuat bagi membolehkan para animator membuat animasi. Apabila animasi sudah siap, proses seterusnya ialah menambahkan kesan bunyi dan juga muzik. Pada masa yang sama, rakaman suara akan dibuat dengan menggunakan pelakon suara yang sebenar.






Haa, best tak? Berminat nak bekerja sebagai Audiopeople? Kalau anda minat, jangan malu-malu, sila hantar resume dan portfolio anda ke jobs@lescopaque.com




Wednesday, November 04, 2009

TEAM-TRODUCTION - Design Department!

Hai! Inilah sesi TEAM-TRODUCTION yang julung-julung kali di siarkan dalam blog ini! Dalam sesi ini, kami akan memperkenalkan ahli pasukan di sebalik Les' Copaque Production. Untuk minggu ini, kami akan membawa anda, pembaca setia blog kami lebih dekat dengan Design Department.


Design Department, team yang mereka dan menghasilkan design-design untuk U&I sebagai merchandise, yang kemudiannya di jual di outlet U&I. Rata-rata ahli team-design adalah graduan dari course Graphic Design dan Multimedia.


Messy Board (Board Semak)
Di mana design-design yang lama atau baru disemakkan di sini, di mana designers boleh melihat sebagai rujukan. Juga untuk paparan semua orang.


Ini dia wajah designers Les' Copaque Production Sdn. Bhd.

Mari mengenali mereka!


Click for a bigger picture.


FUAD
Fuad Md. Din. Tugas dia untuk memastikan setiap kerja yang diberikan kepada Design Team berjalan dengan lancar dan siap tepat pada masa yang ditetapkan. Walaupun orangnya tinggi berbadan besar tapi hatinya lembut. Prinsip dia adalah, “We are a family, together we rise, divided we fall”.

Kegemaran : Pokka Green Tea & Star Wars
Benci : Windows

QILA
Raidah Aqilah atau lebih dikenali sebagai ‘Killer Rider’ di LCP. Kenapa? Kerana die mempunyai senyuman maut. Seorang yang sangat lemah lembut dan bersuara halus. Tapi kreativiti dia sangat luar biasa. Bukanlah calang-calang orang gadis pemalu ini. Seorang yang sentiasa berpandangan positif. Agak pendiam, tetapi selepas pukul 6, ‘Killer Rider’ menjelma.

Kegemaran : Sailormoon, Slamdunk, Motor besar, Komik dan Vitagen Putih.
Benci : Tabung Rukawa di jentik orang.

ADAM
Adam Amiruddin. Insan yang paling kuat ketawa di LCP. Dari pandangan luaran, seorang yang suka bermain dan kebudak-budakkan. Berjiwa muda. Oleh itu, idea yang dikeluarkan ‘fresh’, menarik dan hebat-hebat belaka, sesuai untuk menghasilkan karya kanak-kanak seperti upin dan ipin. Adam pandai membahagikan kerja dalam Design Team. Sangat suka bermain nintendo DS, mungkin kerana inilah dia bergeliga dan sentiasa mencetuskan idea baru.

Kegemaran : Mengumpul mainan Batman, dan Robin, Nintendo DS
Benci : Sony PSP

IZS
Nur Izdiany Shaharom atau Izs sebagai nama manja. Seorang yang penyabar dan suka menyanyi. Dalam Design Team ni, penampilan dan pemikiran izs tampak lebih matang daripada yang lain. Seorang pakar website, HTML? XTML? Tiada masalah bagi Izs. Dia lah penggerak website Upin & Ipin. Bijak berkata-kata dan selalu memberi falsafah hidup kepada kami semua.

Kegemaran : Berbahasa berbunga-bunga & Karaoke
Benci : Tempat Design yang bersepah setiap pagi.

SAL
Sallyna Ahmad Yakob atau Sal panggilan mesra. Seorang yang agak kelam kabut, sentiasa menunjukkan emosinya melalui ekspresi muka dan gerak badannya. Apabila, seronok, takut atau gembira, pasti mendengar suara lantangnya memenuhi ruang udara LCP. Sentiasa mendengar arahan dan kuat berusaha. Cepat tangkap tunjuk ajar yang diberikan kepadanya. Kadangkala tampak ganas tapi berjiwa sensitif.

Kegemaran : Teddy Bear & Karaoke
Benci : Kelam-kabut.

LEMAN
Suleiman Bakti Azlan atau nama timangan Leman. Seorang yang gemar berlawak jenaka bagai nak pecah perut dan kejang mulut Design Team kerana ketawa yang melampau. Hasil karya dia konsisten, kualiti setiap karya sentiasa terjaga. Mendengar pendapat orang lain untuk memperbaiki hasil karya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Masa kerja masih bergurau senda, tapi kerja tetap berjalan. Peminat Elvis Presley sejati. Style rambut dia pun disikat seperti Elvis.

Kegemaran : Elvis Presley & Karaoke
Benci : Makanan manis, coklat, kek.

HIZRAL
Hizral Ashraq Zakaria atau Hizral. Perwatakan seperti seorang ayah. Oleh itu, Hizral ini seorang yang ringkas dan santai. Dia mempunyai pengalaman bekerja banyak dan sering tunjuk ajar Design Team menggunakan perisian komputer yang baru, malah yang tidak pernah dengar pun ada. Tidak kedekut ilmu orangnya.

Kegemaran : Games & XBOX 360
Benci : PS3.

NAS
Mohd Nasrun Nasir atau Nas. Tambahan paling baru dalam Design Team. Tak banyak bercakap. Malu-malu kucing bak pepatah orang melayu. Peminat Spiderman yang sejati, mempunyai bakat yang terpendam tapi masih segan untuk menonjolkan bakat. Ada potensi untuk menjadi lebih hebat. Senang berkawan dan pandai menyesuaikan diri.

Kegemaran : Spiderman & Transformers.
Benci : Iron Man


SARAH
Sarah Nadhirah Azman atau Sarah. Perwatakan seperti seorang 'diva' kerana cara dia bercakap seperti garang. Seorang yang baik hati, jujur, rajin dan sangat berdedikasi pada kerja. Sentiasa menceriakan Design Team dengan telatah dia yang kuat bercakap. Orang kedua paling kuat ketawa di dalam LCP (Selepas Adam)

Kegemaran : Gosip dan Fashion.
Benci : Gelaran Diva.

Sekian untuk sesi Team-troduction kali ini, seterusnya kami akan memperkenal kan team-team lain!

Written By : Fuad & Sarah
Photo By : Sarah

Wednesday, November 05, 2008

Wajah - wajah baru Les' Copaque

Les Copaque sekarang sudah ramai dengan muka-muka baru. Ianya seiringan dengan misi Les' Copaque untuk menambah bilangan sehingga 100 orang pekerja bagi melancarkan segala projek yang telah dirancang. Beberapa bahagian telah diisi dengan muka baru antaranya bahagian grafik, storyboard, penulisan skrip, filem, merchandising dan juga bahagian pengurusan. Kita bermula dengan bahagian grafik.

Ini adalah Yakob Faizal b. Mohd Kamal Bahrin a.k.a Akob. Beliau adalah lulusan dari MMU. Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang IT. Sekarang beliau bekerja sebagai Graphic Designer. Beliau terlibat dalam penghasilan rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.

Ini pula Raidah Aqilah bt Ahmad Jamalluddin atau nama panggilannya Kila. Beliau adalah lulusan UITM Shah Alam. Beliau mengambil jurusan Graphic & Digital Media. Beliau juga terlibat dalam rekaan baru barangan Upin dan Ipin sebagai Graphic Designer.

Wan Basri Jean Wan Othman atau nama panggilannya Bayie. Beliau adalah lulusan MMU. Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Interface Design. Beliau juga adalah Graphic Designer. Sekarang beliau terlibat dalam penghasilan rekaan baru untuk Geng' The Adventure Begins'.

Yang terakhir sekali adalah Suleiman Bakti b. Azlan atau nama panggilannya Leman. Beliau adalah lulusan Politeknik Johor Bahru. Beliau mengambil pengkhususan dalam Advertising. Beliau juga terlibat dalam rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.

Sekarang kita ke bahagian Script Writing pula. Ada 2 muka baru yang akan membantu dalam penghasilan skrip untuk projek akan datang.

Ini adalah Maziiana Mohd Azhari atau nama panggilannya Nana.Beliau adalah lulusan UITM.Beliau mengambil pengkhususan dalam Screen Film.

Seterusnya Neng Rahayu@Bayu bt Ismail atau nama panggilannya Neng.Beliau juga adalah lulusan dari UITM Shah Alam.Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Script Writing.

Sekarang kita ke bahagian Storyboard pula.Hanya seorang sahaja yang diambil untuk mengisi kekosongan bahagian ini.Bahagian ini diisi oleh Muhd Khidzir b Abu Shukor.

Nama panggilannya Eday. Beliau juga lulusan dari UITM Shah Alam. Beliau mengambil pengkhususan dalam Fine Art. Sekarang beliau juga terlibat dalam rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.


Bahagian pengurusan pula diisi oleh Nurul Huda bt Sharabuddin atau nama panggilannya Nurul. Beliau juga lulusan UITM Shah Alam. Beliau mengambil pengkhususan dalam Tourism Management. Beliau bekerja sebagai Admin Assistant. Beliau akan membantu dalam urusan pentadbiran syarikat.

Sekarang kita ke bahagian merchandising pula. Dalam bahagian ini ada 3 muka baru yang akan membantu dalam melancarkan lagi pengurusan merchandising.

Faizatul Nurhanis bt Halid atau nama panggilannya Hanis. Beliau adalah lulusan Segi International College. Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Visual Animation. Beliau bertugas sebagai Admin & Sales Assistant.

Ini pula adalah Ahmad Shazuan b Mohd Sahal Fikri atau nama panggilannya Shazuan. Beliau bertugas sebagai Storekeeper dan juga membantu dalam bahagian Sales.

Muhammad Izzat Azizi b Shahdan atau nama panggilannya Ijat.Beliau juga membuat tugas yang sama dengan Shazuan iaitu Storekeeper dan juga Sales.

Les' Copaque mempunyai satu bahagian baru iaitu bahagian Filem. Setakat ini bahagian Filem hanya terlibat dalam penghasilan 'Geng:The Making Of'. Bahagian ini diisi oleh 2 orang iaitu:

Shahrul Nizam b Arifin atau nama panggilannya Shahrul.Beliau adalah lulusan dari Cosmopoint. Beliau Mengambil jurusan dalam Computer Graphic Design. Sebelum menyertai Les' Copaque beliau juga pernah terlibat dalam Filem, Tv Commercial dan juga Drama. Diantaranya adalah Abang 92,Burung Besi (Filem), Breeze ( TVC), Usia (Drama).

Mohd Nazrul Hafiz b Jamil. Beliau juga adalah dari lulusan UITM. Beliau mengambil jurusan Screen Art (Film Directing). Beliau bekerja sebagai Video Editor. Sebelum menyertai Les' Copaque beliau terlibat dalam penghasilan "Klasik Nasional" untuk rancangan RTM. Selain itu beliau juga pernah terlibat dalam penghasilan beberapa video korporat.

Tuesday, July 15, 2008

New day, new faces

Smiles from familiar and unfamiliar faces greeted me as i was about to sit at my place and start my work. Who are they, you might ask? Well, they are the new batch of interns from Universiti Teknikal Malaysia Melaka , of course! So here they are in no particular order.

This is Mohamad Zaki bin Ishak a.k.a Zaki. AT UTem, he's taking computer science , majoring in Interactive Media. He's now training his ears and learning as much as he can about audio from Anas.

Zirul

Jam
These two guys are no stranger to the Les Copaque team but for all the newbies, i introduce you to Jam and Zirul. They have been trained by the LC team before. Now they are sharpening their skills in animation and rendering. (Click here to read previous post about them)

Next is Mohd Adili Bin Norasikin or otherwise known as Ed. He is also taking Interactive Media at UTeM and now he is building props and sets out of basic cubes alongside this guy who is next in line.

This is Mohd Raffe b. Md Yusoff a.k.a Ropi. As been mentioned earlier, he and Ed are working together to build new sets for the upcoming "Upin & Ipin" tv series.

So all 5 of them have now officially started their Internship at Les' Copaque. We welcome them into the LCP Family and hope they will have a great learning experience in their 6 months internship programme.