Friday, April 16, 2010

Rakaman Majalah 3

Teruja betul kakitangan Les' Copaque tempoh hari apabila diberitahu Majalah 3 akan membuat rakaman mengenai Upin & Ipin. Siapa yang tak kenal dengan rancangan Majalah 3 yang disiarkan di TV3 dan telah memenangi pelbagai jenis anugerah. Seperti yang telah dijanjikan, krew Majalah 3 termasuk pengacaranya Nurul Syuhada memulakan sesi rakamannya di studio Les' Copaque. Nurul Syuhada yang telahpun membuat kajian mengenai animasi Upin & Ipin mengendalikan proses rakaman tersebut mengikut perancangan.

Usamah Zaid ketika
menerangkan proses produksi
Para Animator melakonkan sesi "acting"
untuk animation


Rendering Team bergambar kenangan
bersama Nurul Syuhada

Rakaman yang dibuat melibatkan pelbagai aspek produksi termasuklah pra-produksi, produksi, post-produksi dan elemen-elemen tambahan lain. Yang menjadikan keunikan rakaman ini ialah ianya dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama ialah latar belakang produksi di studio dan yang kedua ialah mengenai sambutan Upin & Ipin di Indonesia. Seperti kami di Les' Copaque dan peminat di Malaysia sudah sedia maklum mengenai sambutan hangat oleh peminat dari Indonesia terhadap Upin & Ipin tetapi ianya tidak pernah disampaikan di dalam bentuk visual. Oleh sebab itulah, Majalah 3 kali ini akan menayangkan bagaimanakah kehangatan Upin & Ipin di sana.

Bersama Audio Team pula
Arul (Mail) bersama idolanya Nurul Syuhada


Rakaman di Indonesia pula merangkumi beberapa agenda yang tidak kurang menariknya. Antaranya ialah lawatan ke rumah Ahmad Dhani sempena melihat penghasilan lagu soundtrack Upin & Ipin serta beberapa aktiviti bersama maskot Upin & Ipin bersama peminat di sana. Krew Majalah 3 ditemani oleh Kak Ros, Cikgu Jasmin dan Opah untuk sesi bertemu peminat di sana. Memang sambutan di sana sungguh luar biasa. Kalau nak tahu kenalah tengok rakamannya di TV3 nanti.
Bergambar ketika di Jakarta

Maskot Upin & Ipin ketika
tayangan siri baru Upin & Ipin di TPI, Jakarta


Ketika rakaman di rumah Tuan Haji Burhanuddin

Rakaman ketika sedang
berbincang dengan Opah

Rakaman ini akan ditayangkan di TV3 pada 17 April pukul 9 malam. Bagi sesiapa yang tak dapat melihat Majalah 3 melalui kacaTV bolehlah menontonnya melalui online di laman web www.tv3.com.my