Showing posts with label Media Coverage. Show all posts
Showing posts with label Media Coverage. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Meriahkan Karnival Upin & Ipin di Perak Jun ini

Pasti ramai peminat Upin & Ipin yang masih merindui Karnival Upin & Ipin yang telah dilangsungkan pada tahun lepas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan di Melaka Wonderland. Kali ini peminat di negeri Perak pula bakal menyaksikan kemeriahan karnival ini yang bakal dianjurkan pada 3 hingga 5 Jun nanti. Semalam baru saja selesai sidang medianya yang dilangsungkan di PTTC, Perak.


Dr. Ahmad Kamil Mahmood,
Ketua Pegawai Eksekutif KPerak


Hj Burhanuddin Md Radzi,
Pengarah Urusan Les' Copaque


Karnival Upin & Ipin di Perak ini diubah sedikit namanya kepada Karnival ICT Perak bersama Upin & Ipin kerana karnival ini merupakan kerjasama diantara KPerak dan Les' Copaque Production. Ianya akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan dijangkakan bakal menarik perhatian pengunjung sehingga 200, 000 orang. Antara tarikan menarik sudah tentulah Perarakan Animasi yang bakal menyaksikan lebih 200 penyertaan dari warga Perak sendiri. Perarakan Animasi atapun Animation Parade ni mendapat sambutan hangat ketika pertama kali diadakan di SACC dahulu. Selain itu, tarikan utama ialah pengunaan Inflatable Dome yang terbesar di dunia yang dijadikan sebagai lokasi persembahan multimedia dunia Upin & Ipin.


Bersama maskot Upin & Ipin


Antara media yang hadir

Jangan lupa meriahkan
Karnival Upin & Ipin di Perak nanti


Banyak aktiviti serta persembahan menarik bakal diatur sempena 3 hari karnival ini. Jadi semua peminat yang tinggal berhampiran dengan negeri Perak jangan lupa datang memeriahkan karnival ini nanti.

Friday, March 25, 2011

Menang NEF-AWANI Anugerah Khas Tun Mahathir

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua ahli keluarga Les' Copaque Production kerana baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas Tun Mahathir bersempena dengan NEF-Awani di PWTC. Anugerah ini adalah kerana kejayaan mengharumkan nama negara dan membawa produk tempatan ke mata dunia. Wah, rasa sungguh terharu kerana anugerah ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Hj Burhanuddin bersama Anugerah Khas
Tun Mahathir, NEF- Awani


Hj Burhanuddin Md Radzi bergambar
bersama pemenang yang lain

Hj Burhanuddin sabar menanti
keputusan diumumkan


Acara NEF-Awani yang telahpun berlangsung selama 2 hari di PWTC berjaya melabuhkan tirai dengan meriahnya dan disertai oleh ramai pengiat ICT di negara kita. Beberapa warga kerja Les' Copaque juga berkesempatan untuk hadir memeriahkan acara penutup dan menyaksikan penyerahan anugerah yang gilang gemilang itu. Terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali NEF dan Astro Awani kerana telahpun memberikan kerjasama yang sangat jitu.

Hj Burhanuddin sempat ditemuramah
Astro Awani sebelum acara bermula


Tahniah Les' Copaque

Zaid dengan aksi lucunya

Nampaknya selepas ini abang-kakak dan kakak-kakak di Les' Copaque akan terus usaha menerbitkan produksi animasi yang lebih berkualiti di masa akan datang. Tahniah!

Bacaan dari web lain - > Utusan Online



Tuesday, December 14, 2010

Minggu Setem bersama Setem Upin & Ipin

Pada musim cuti sekolah ini pasti adik-adik sedang seronok berehat di rumah ataupun bersiar-siar bersama keluarga. Apa kata adik-adik bersama keluarga memeriahkan Minggu Setem yang sedang dilangsungkan di Berjaya Times Square bermula dari 13 hingga 19 Disember ini. Yang menariknya setem Upin & Ipin yang baru sahaja dilancarkan turut boleh dibeli di sini. Setem Upin & Ipin yang menggunakan konsep kepada permainan tradisional merupakan diantara kerjasama terbaru di antara POS Malaysia bersama Les' Copaque Production.

Antara warga kerja POS Malaysia
mempromosikan setem Upin & Ipin

Bangga menunjukkan setem Upin & Ipin

Diantara kakitangan Les' Copaque
menunjukkan hasil setem Upin & Ipin


Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga diantara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri. Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda.

Pengerusi POS Malaysia, Tan Sri Aseh
Che Mat ketika berucap

Terdapat 6 keping setem yang
direka mengikut set

Adik kecil membawa senapang
kayu ketika sesi pelancaran


Bergambar bersama Upin & Ipin

Dimajlis pelancaran tempoh hari yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, usaha POS Malaysia menggunakan Upin & Ipin bagi menghidupkan kembali generasi mengumpul setem, menulis surat dan mengimbau kembali permainan tradisional kepada generasi masa kini.
Peraduan meneka jumlah setem merupakan
diantara aktiviti yang diadakan

Setem Upin & Ipin sudah mula dijual
Opah juga mempromosikan setem Upin & Ipin

Setem ini juga dimaklumkan telah mendapat respon dan sambutan yang amat memuaskan. Khabarnya pejabat POS di KLCC telahpun hampir kehabisan stok setem Upin & Ipin. Nampaknya kepada peminat Upin & Ipin kenalah mendapatkan setem ini segera sebelum ianya habis dipasaran.



Wednesday, December 08, 2010

No 1 Facebook Fan Page di Malaysia

Jadual menunjukkan kedudukan Facebook Upin & Ipin

Dalam pejam celik, pejam celik rupanya jumlah peminat Facebook Upin & Ipin sudahpun mencecah angka 3.9 juta. Wah, satu angka yang sungguh besar dan sungguh bermakna. Jumlah ini juga disahkan oleh satu laman web yang membuat kajian mengenai Facebook. Berada di tangga ke atas sekali membuktikan Upin & Ipin mempunyai ramai peminat di Facebook yang bukan sahaja terdiri dari peminat di Malaysia, malahan dari Indonesia dan juga Filifina.

Akhbar Online MStar juga ada menulis mengenai Facebook Upin & Ipin. Terima kasih diucapkan kepada semua peminat dan setialah menyokong animasi tempatan.



Monday, December 06, 2010

Sahabat Selamanya bersama Padi serta Upin & Ipin

Studio Les' Copaque Production tempoh hari dikejutkan dengan kunjungan 2 ahli dari kumpulan Padi iaitu Fadly & Rindra yang mendapat perhatian hangat selepas menerbitkan lagu Sahabat Selamanya di Indonesia bulan lepas. Jikalau sebelum ini mereka diminati oleh kaum-kaum remaja serta anak muda Indonesia, tetapi kini mereka sudah mula diminati oleh adik-adik kecil serta kaum ibu. Yang menariknya, kumpulan Padi pada kebiasaanya mengambil masa 2 tahun untuk mengeluarkan sesebuah lagu. Berbeza dengan lagu Sahabat Selamanya, ianya mengambil masa yang lebih pendek namun terus mendapat sambutan yang luar biasa.

Tn Hj Burhanuddin memulakan
ucapan aluan


Fadly sempat menulis autograf
kepada peminat


Wartawan dari Melodi
menemubual Fadly


Kunjungan mereka bersama wakil dari Sony Music Indonesia adalah untuk menghadiri majlis Sidang Media dan sesi beramah mesra bersama rakan-rakan media di Malaysia. Sungguh ramai rakan-rakan media yang hadir pada hari tersebut untuk berjumpa dengan lkon dari Indonesia ini. Mengikut maklumat dari Padi, mereka akan meneruskan projek bersama Les' Copaque Production dan Sony Music untuk menerbitkan album lagu Upin & Ipin. Album tersebut akan merangkumi 9 hingga 10 lagu yang sebahagian akan dinyanyikan oleh artis dari Indonesia dan selebihnya pula artis dari Malaysia. Dengan terbentuknya kerjasama dari 2 buah negara di dalam menerbitkan album ini, ianya dijangkan bakal mendapat sambutan lebih-lebih lagi semua lagu ini berkonsepkan dari kehidupan Upin & Ipin.

Tn Hj Burhanuddin berkongsi kisah
menarik dengan wartawan


Asyiela Putri turut ditemuramah
wartawan

Fadly dan Rindra dari Padi bergambar
bersama pelakon suara Upin & Ipin


Memang tak sabar rasanya ingin mendengar lagu tema baru Upin & Ipin hasil buah tangan dari Padi. Pada Sidang Media tersebut, turut dihadiri oleh semua pelakon suara dari siri Upin & Ipin. Nantikan kejutan serta perkembangan terkini mengenai pembikinan album ini di blog LCP.

Wednesday, December 01, 2010

Atok di Malaysia SME

Pillars, November 20- 3 Disember 2010

Atok di tabloid keluaran SME Malaysia yang ditemuramah oleh En Charlotte Robert. Artikel adalah berkaitan kejayaan Atok sebagai Pengarah Urusan Les' Copaque Production dan juga sedikit informasi mengenai keluarga dan latarbelakang Atok.



Cerita berkenaan dengan latarbelakang Les' Copaque




Gambar Atok bergaya bersama Ferrari California miliknya.


Friday, November 12, 2010

Sidang Media "Karnival Upin & Ipin"

Baru-baru ini telah diadakan satu sidang media berkaitan Karnival Upin & Ipin di SACC Convention Centre. Majlis sidang media yang dihadiri oleh para media terdiri dari RTM, TV9, Utusan, Astro, Sinar Harian, Karangkraf, Metro dan beberapa lagi media ini bertujuan untuk melancarkan Karnival Upin & Ipin yang bakal dianjurkan secara besar-besaran bersama penganjur bersama iaitu TV9. Mengikut Tuan Haji Burhanuddin, (Pengarah Urusan Les' Copaque Production) karnival ini dilancarkan bertujuan untuk menampung permintaan jutaan peminat Upin & Ipin dari seluruh negeri.

Suasana ketika sidang media diadakan

Upin & Ipin bergambar
bersama logo Karnival Upin & Ipin


Usamah Zaid turut ditemuramah
oleh wartawan


Karnival Upin & Ipin yang pertama bakal diadakan di SACC Convection Centre pada 24 hingga 28 Disember 2010. Pelbagai acara menarik dijanjikan diantaranya ialah penampilan maskot, persembahan pelakon suara, booth-booth jualan, pencarian harta karun, pertandingan kucing dan yang teristimewa ialah Animation Parade. Animation Parade ini akan mengabungkan pelbagai watak dari animasi Upin & Ipin termasuklah gabungan pasukan pancaragam yang akan berarak mengelilingi tapak karnival. Parade ini merupakan diantara yang bakal menarik perhatian pengunjung dan menjadi keunikan karnival ini.

Tambah Tn Haji lagi, karnival ini juga bakal membawa dunia Upin & Ipin terus kepada pengunjung. Ini dalah kerana tapak karnival ini dirangka menyerupai rumah Upin & Ipin serta sekolah tadika di mana Upin & Ipin serta kawan-kawannya bersekolah. Ianya pasti diantara faktor penarik dan salah satu keunikan dibakal ditonjolkan buat pertama kali.

Upin & Ipin bersama beberapa
wakil dari peserta karnival


Pertandingan serta persembahan kucing
diantara menu aktiviti di karnival


Menurut En Feisal Abd Malik, (Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV9), kerjasama bersama Les' Copaque di dalam menjayakan karnival ini sebenarnya merupakan salah satu diantara projek besar bersama Upin & Ipin pada tahun hadapan. Selain bakal menayangkan rancangan Kelab Upin & Ipin pada tahun hadapan, TV9 juga bakal menganjurkan Karnival ini dibeberapa buah negeri lain nanti. Pada 25 & 26 Disember 2010, khabarnya peserta Idola Kecil musim ke 3 turut bakal memeriahkan karnival ini di SACC. Selain itu, TV9 juga akan membuat siaran langsung serta lintas langsung melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O dan beberapa rancangan lain seperti CHOPP!, Galaksi, Adik di 9 dan Berita TV9. Dengan sususan promosi yang telah diatur, TV9 juga melihat Karnival Upin & Ipin ini bakal menjadi satu acara tahunan yang mampu bersaing dengan acara sedia ada.

Feisal Abd Malik, Pengurus Kumpulan
Pengurusan Jenama TV9


Tn Hj Burhanuddin ketika
ditemuramah wartawan



Upin dan Ipin difitnah?

Eh, betul ke ada berita mengenai Upin dan Ipin difitnah? Fitnah mengenai apa pula? Rupanya di dalam masa terdekat ini sudah tersebar melalui emel beberapa perkara yang kurang menarik kita dengar mengenai Upin & Ipin. Kepada peminat setia Upin & Ipin yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah membaca melalui link Berita Harian Online di bawah

http://www.bharian.com.my/articles/Dengarnya___UpindanIpindifitnah/Article/

Terima kasih diucapkan kepada Berita Harian kerana telah menulis dan memberitahu kepada umum mengenai perkara sebenar. Diharapkan kepada semua peminat Upin & Ipin usul periksa terlebih dahulu dan tidak mempercayai pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebegini.

Tuesday, November 02, 2010

Upin & Ipin di Media Prima Screening 2010

Suasana yang sungguh meriah dan pelbagai persembahan menarik mewarnai Media Prima Screening pada tahun ini. Seperti pada tahun-tahun yang lepas Media Prima menganjurkan sesi screening ini untuk memaparkan kepada penonton menu dan resepi utama rancangan mereka pada tahun hadapan. Pada tahun ini Media Prima menggunakan konsep "Mob" sebagai tema majlis dan ianya sangat mendapat sambutan ramai serta begitu unik. Manakala Upin & Ipin pula yang ditayangkan di TV9 menjadi barisan hadapan di dalam intisari rancangan TV9 pada tahun hadapan.
Upin & Ipin bergaya
dengan baju detektif yang baru


Penampilan Upin & Ipin serta rakan-rakannya kali ini sungguh istimewa kerana Upin & Ipin turut membuat persembahan khas di pentas utama dihadapan lebih dari seribu tetamu. Acara gilang gemilang yang diadakan di KL Convention Centre ini menyaksikan Upin & Ipin tampil dengan wajah baru. Berbaju seperti ala detektif, Upin & Ipin kali ini nampak sungguh segak dan comel.

Upin & Ipin bersama rakan-rakan memeriahkan
Media Prima Screening 2010


Antara krew Les' Copaque yang hadir

Di dalam acara ini, TV9 memaklumkan bahawa Upin & Ipin akan muncul dengan pelbagai program menarik pada tahun hadapan di antaranya ialah Karnival Upin & Ipin bersama TV9, rancangan Kelab Upin & Ipin dan yang pastinya episod terbaru siri animasi Upin & Ipin yang telah mendapat diantara program TV yang mendapat rating tertinggi di TV9. Pasti ramai peminat setia Upin & Ipin sudah tidak sabar ingin menyaksikan rancangan-rancangan tersebut pada tahun hadapan.

Upin dan Mail bergaya di kereta antik

Upin & Ipin bergambar bersama
pegawai tinggi di TV9

Wah, Mail segak dengan motor berkuasa besar
Upin & Ipin memeriahkan
Media Prima Screening 2010


Apa-apapun terima kasih kepada yang menyokong Upin & Ipin selama ini dan pastikan anda mengikuti perkembangan terkini mengenai rancangan terbaru di TV9 pada tahun hadapan.