Sunday, April 04, 2010

Staff baru 2010 (Bahagian 2)

Bersambung lagi di dalam memperkenalkan wajah baru di LCP. Memang kebanyakkannya sungguh bersemangat berkobar-kobar ingin hasilkan animasi yang terbaik. Bercakap pasal animasi, kali ni kita lihat wajah-wajah baru di dalam department animasi sendiri.

Antara wajah baru di dalam department animasi

Animation Department

Kita mulakan dengan Mohd Imran yang sangat terkenal di LCP kerana statusnya yang sudahpun berkahwin walaupun nampak seperti masih bujang. Imran yang gemar menghabiskan masa lapang dengan berjamming ini merupakan graduan UTM. Selain Imran, Ayu pula merupakan satu-satunya bunga di dalam department animasi yang baru. Ayu atau nama penuhnya Rahayu Bt Yacob sering datang ke office berbaju kurung. Memang tidak banyak bercakap tetapi sangat komited dengan kerja. Seterusnya memperkenalkan Ikmal yang juga di dalam department animasi. Ikmal sebenarnya sudah lama bekerja di dalam department animasi tetapi tidak pernah dimaklumkan di dalam blog LCP. Satu perkara yang sangat sinomim dengan Ikmal ialah motornya yang lengkap beralarm. Memang mustahil orang nak curi motornya. Berperwatakkan sangat ceria, Ikmal akan memastikan rakan-rakan terdekat tidak kering gusi bersamanya.

Seterusnya kita berkenalan pula dengan Amin yang tidak kurang juga berperwatakan ceria. Amin yang belajar di KUiTTHO amat gemar kepada sukan bermotor dan gundam. Walaupun masih baru, tetapi dia agak periang dan sering datang semasa hari cuti untuk menyiapkan kerjanya. Selain Amin, Acad atau namanya Rasyad juga sangat senang bergaul dengan rakan-rakan kerja yang lain. Acad walaupun kelihatan comel, tetapi amat meminati musik berkonsep rancak dan agak ganas. Terakhir sekali di dalam department animasi ialah Wafi. Orangnya sangat simple dan ringkas namun sangat rajin bekerja. Wafi merupakan graduan dari Lim Kok Wing dan amat meminati manga.

Ok, nampaknya itulah saja staff baru di dalam department animasi. Lepas ni kita lihat kemasukkan untuk department lain pula.