Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Kali ni tibalah masanya untuk TEAM RENDERING memperkenalkan ahli – ahli nya. Tapi sebelum itu, biar kami menceritakan serba sedikit tentang APA ITU RENDERING.
Proses rendering ini bermula sesudahnya proses animasi selesai. Semasa proses animasi dijalankan, keadaan sesuatu shot atau scene adalah di dalam keadaan kelabu dan tiada warna. Tugas kami di department rendering adalah memberi warna kepada shot atau scene tersebut.
Secara kasarnya, untuk memberi warna kepada sesebuah shot atau scene, ada 3 perkara penting yang perlu diambil kira.
1. Lighting
2. Mood
3. Texture
tanpa 3 proses di atas, proses rendering tidak dapat dijalankan. Bagi memudahkan lagi proses ini, kami telah membahagikan team kepada 2 kumpulan kecil iaitu Background dan Character.

Team Rendering
Dia adalah Head Of Department Rendering. Tugas Yuki adalah membuat benchmark bagi Team Character. Dia selalu menjamu buah-buahan untuk Rendering Team. Jangan terpedaya dengan kecomelannya kerana sebenarnya dia sungguh garang. Walaupun begitu, dia banyak memberi inspirasi dan semangat kepada Rendering Team. Jangan tak tahu, Yuki ni adalah pelakon suara bagi watak Meimei!.
Ah Wei juga adalah Head Of Set Design dan dia dipertanggungjawabkan untuk membuat texture dan set background. Dia sangat menggilai Stitch. Sampaikan Stitch comel macam dia. Orangnya garang-garang, percakapannya selalu jerit-jerit, tetapi sebenar nya dia sungguh baik hati dan tidak pernah kedekut ilmu.
Jawatannya adalah Rendering/Art Supervisor. Selain menjalankan tugasnya sebagai Render Artist, dia juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan website, blog, komik, majalah dan event. Senang cerita, dia adalah PR untuk Les’ Copaque Production. Multi-tasking lah dia ni. Orangnya malu-malu, comel-comel sikit dan selalu senyum.
Bertanggungjawab untuk menjaga timeline dan juga kualiti untuk Team Background. Seorang yang mudah tersenyum dan manis orangnya. Dia nampak ganas di luaran tetapi sebenarnya agak pemalu dan sentimental. Tetapi, ketika waktu bekerja, dialah antara orang yang paling serious dalam menjalankan tugasnya. Kualiti kerjanya sentiasa dititikberatkan dan kebanyakan hasil kerjanya dijadikan rujukan oleh orang lain. Wow! Oh, dia ni adalah Lead Render Artist bagi Team Background.Tugas sebagai Lead Render Artist adalah untuk memastikan Team Character sentiasa on schedule dan menjaga kualiti lighting character. Itulah tanggungjawab yang dipikul oleh Ropies. Matanya tajam, nampak saje benda yang perlu di ammend. Orangnya cool tapi tegas dalam melaksanakan kerja dan dia sentiasa murah dengan senyuman.
Sebagai Senior Render Artist, dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga timeline dan kualiti untuk Team Background. Nazuan ni, Quad-core orangnya. Dia boleh buat macam-macam dalam 1 masa yang sama. Contohnya, dia boleh pergi event, bersukan, tapi masih boleh deliver shot dengan sebaiknya!. Hebatkan? Nazuan ni jenis yang slumber je, go with the flow. Memang senang nak berurusan dengannya sebab dia juga peramah.Haaa… Feela nie pulak, orangnya manja-manja, comel-comel, dan periang orangnya. Tapi kalau time dia emo, dengan 1 department dia tak bercakap. Dia juga selalu membekalkan Rendering Team dengan makanan-makanan yang ‘berkhasiat’. Lagu-lagu dan fesyen Korea pula menjadi pilihan ideal cik Feela kita ni. Dia bertindak sebagai Render Artist dalam Team Character.
Kalau anda masuk dalam Department Rendering, dan anda terlihat seorang yang kecil-kecil tubuh badannya, mukanya comel, berperwatakan baik, itulah Asrol. Tapi yang sebenarnya, dia ni agak nakal, dan suka mengusik orang. Asrol tidak sah kalau sehari tak mengacau orang. Dia juga salah seorang Render Artist dalam Team Background.
Pantas! Sangat pantas! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan Akob. Berjalan pon dia laju, main futsal pon dia terrer, badminton….. tak payah cakap lah, setakat ni tak ada orang yang boleh kalahkan dia. Dia juga suka belanja rakan-rakannya, mukanya ala-ala arab, hensem. Dia juga salah seorang Render Artist di dalam Team Character.Sangat meminati One Piece. Di mejanya penuh dengan action figure One Piece, kapal pon ada. Acap ni, baik orang nya, selalu suka membantu rakan-rakan. Di office, sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan dengan PC, Acap lah orang yang dicari. Dia dipertanggungjawabkan sebagai Technical Manager/Senior Render Artist. Dia juga termasuk dalam Team Character.
Nama samarannya adalah Yuna sebab, dia ni suka sangat menyanyi dan “menghiburkan” rakan-rakan render artist yang lain. Namun begitu, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan mudah menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan. Dia adalah salah seorang Render Artist didalam Team Background.
Seorang yang happy go lucky, suka ketawa dan susah nak berhenti. Tapi Aen ni sensitif orangnya. Macam Feela juga, Aen banyak dipengaruhi lagu-lagu dan juga fesyen-fesyen Korea. Kadang-kadang, si Aen ni nakal juga, suka mengacau orang. Dia banyak membantu Ah Wei dalam preparation set background dan juga texture. Dia juga mempunyai bakat dalam animation department. Tugasnya dalam Rendering Department adalah sebagai Background Modeler.
Rendering Team
Aktiviti
Demi merapatkan lagi tali silaturrahim diantara Rendering Team, pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama seperti Fruit’s Day, Eat At Qaseh, dan segala macam lagi aktiviti. SERONOK~!!!! Selain daripada beraktiviti bersama, kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Hubungan kami rapat bagaikan sebuah keluarga umpama aur dengan tebing, bagai air dicincang takkan putus... Sukar nak digambarkan sebenarnya hubungan kami adik-beradik.

Decorating department bersama-sama

Fruit's day


Christmas tree

Makan bersama di Carl's Jr
Itulah diantara aktiviti yang dilakukan oleh Department Rendering. Ada banyak lagi, nanti kitaorang update lagi. ^^~
Written By : Razuri & Feela
Design By : Akob
Photo By : Ropies & Aen
Rendering Team Charikatur : Zarin
Composition & Flash : Nazuan & AsrolPhoto By : Ropies & Aen
Rendering Team Charikatur : Zarin










