Untuk minggu ni saya dan Nizam telah dihantar ke Cannes, France untuk event MIPCOM. Di sini merupakan salah satu tempat dimana banyak syarikat2 dari luar negara berkumpul untuk menjual atau membeli produk2 masing2. Kami di sini mempromosikan GENG, UPIN IPIN serta mencari lain2 peluang untuk bekerjasama dengan syarikat lain. Kami juga diwakili oleh Peppermint Asia sebagai distributer di Europe dan Asia.
Sebanyak 47 syarikat yang telah melihat trailer GENG di MIPJUNIOR. Sambutan yang amat baik diterima dari beberapa buah negara termasuk syarikat dari Canal J (France), Samanyolu Media Group (Turkey), BBC Alba (Scotland) dan IRIB (Iran). Selain itu syarikat dari KimMedia (Korea) dan iNEXT Creator (Taiwan) menunjukan minat terhadap filem GENG.