Tuesday, October 09, 2007

MIPCOM 2nd Day Updates

Hari ni hari ke dua kami di MIPCOM. Sambutan di booth Malaysia setakat ni begitu membanggakan. Hari ini kami menerima beberapa perbincangan dengan beberapa company besar.

Beginilah booth MDEC di MIPCOM. Sebanyak 13 company di tempat kan di sini. Pada hari kedua ini orang yang datang berkunjung tidaklah seramai pada hari pertama. Tetapi itu sudah cukup untuk GENG kerana kami menerima sambutan yang amat baik.

Ozcan dari Everest Production Corp. (New Jersey) juga begitu berminat dengan GENG. Beliau yang mempunyai partner di Turkey memberitahu siri UPIN & IPIN sangat hangat di Turkey sehinggakan ada laporan akhbar mengenai siri ini di Turkey. Beliau sendiri akan mencadangkan kepada rakan kongsinya di Turkey untuk kerjasama pada masa akan datang.


France Simoncini (Sine Dubbing International, Itali) berminat untuk men "dub" kan GENG untuk pasaran Itali.


Teresa Moreira, General Director ( Lusomundo, Portugal) memberi feedback yang amat baik. Company ini merupakan antara saluran untuk Walt Disney dan merupakan antara distributer terbesar. Dia begitu gembira melihat GENG dan UPIN IPIN sehingga dia sendiri yang akan membawa orang atasan nya ke booth kami.

Company dari Jitex iaitu salah sebuah distributer untuk Walt Disney juga begitu berminat dengan UPIN IPIN. Beliau begitu tertarik dengan character upin dan ipin sehinggakan ketawa semasa menonton trailer UPIN & IPIN.

Bergambar kejap kat Cannes.

Gambar kat bus stop
*semua perbincangan masih belum ada confirmation