Monday, June 11, 2007

Pameran animasi di Majlis Konvokesyen Sekolah Agama

Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera.

Sempena Ahad lepas (10 June 2007) , uncle, auntie, nizam, dini, zarin dan saya pergi membuka booth/pameran animasi sempena Majlis Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Bandar Endau di Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang. Perasmian dibuat oleh YB Dato Seri Dr Hj Jamaluddin Bin Dato Hj Jarjis. Jemputan yang agak mengejut ini tidak dapat kami lepaskan begitu sahaja. Kami bersama MDEC datang dengan tujuan memberi pendedahan tentang bidang animasi tempatan. Ada mak ayah tertanya " bagaimana proses pembikinan kartun tiga D (3d) ni ? " Zarin yang tukang explain macam mana kita buat, dari idea, storyboard, sampai la siap.




Reaksi awal budak budak yang datang ke booth kami.



Lepas 10 saat kemudian, semua dok tayang gigi. :D



Makin ramai dah datang. Para graduate pun join skali.



Helikopter tengah tunggu budak-budak yang main bola kat padang tu beredar.



Ketibaan Datuk Jamaluddin yang dinanti-nantikan.



Siti (bukan nama sebenar) dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari sentiasa berada di baris hadapan, suka sangat lihat trailer kami. :)



Jiran kami, MDEC juga turut mendapat sambutan.



Sempat jugak Dini bergambar dengan peminat setia Geng. yeah!



Datuk Jamaluddin singgah di booth kami, turut memberi sokongan.




Akhir sekali, Siti (bukan nama sebenar) memberikan thumbs up buat Geng. Mereka, orang Rompin, semua dah tak sabar nak nengok Geng keluar kat wayang. Kami sangatlah terharu dengan sambutan yang baik dari adik-adik dan jugak mak ayah di sana. Semoga sambutan sebegini berkekalan sehingga Geng ditayangkan. InsyaAllah.



yeah!