Sunday, October 29, 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU



Semalam Nenek dgn Atuk pergi menghadiri majlis perkahwinan cucu Nenek di Terengganu. Cucu Nenek ni namanya Ijan dan kerjanya menjaga budak-budak tu punya gaji dan duit komponi. Sebab jauh sangat dan Hari Raya pulak, jadi tak ada siapa yg pergi kecuali Nenek dan keluarga nenek. Memang jauh, sampai sakit kaki Nenek brek angin sebab Atuk kau tu bawa kereta macam Schumacher sebelum pencen.

Di Terengganu tu adatnya lain sikit, dia orang tak ada istiadat bersanding. Ha!!!!! jadi kalau Cucu cucu Nenek yg masih bujang tu kalau nak jimat duit kahwinlah dgn org Terngganu. Tak payah bersanding dan tak ramai kawan yg nak pergi sebab jauh sangat.

Suami si Ijan tu namanya Abu dan kerjanya buat program kat komponi Nenek yg lagi satu. Hari Jumaat sebelum Raya, nasib baik dia org dapat kereta barunya.... kalau tidak tak dapat balik untuk berkahwin.,,,,,,

Nenek dan semua team member mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.


He...he...Anak berok kena kerja, besok masuk kerja.