Betul, betul, betul!. Siapa tahu siapa yang selalu cakap betul, betul, betul? Hmm, dah tentulah Ipinkan. Nampaknya untuk promo musim baru ini semua kawan-kawan Upin & Ipin pun nak cakap betul, betul, betul sama macam Ipin. Tapi siapakah diantara mereka ini dapat bercakap sama seperti Ipin. Kalau nak tahu jawapannya mari kita lihat video ini.
Seronok la nampaknya adik-adik yang bercuti sekolah bermula Jun ini kerana TV9 akan menayangkan episod Upin & Ipin untuk di dalam musim ke 4 ini. Bermula dari 7 Jun selama 2 minggu berturut-turut semua peminat di Malaysia akan dapat menonton 6 episod baru yang bertajuk "Anak Harimau". Episod istimewa ini menyaksikan bagaimana sambutan Upin & Ipin dan kawan-kawannya mengenai Piala Dunia yang dilangsungkan di Afrika Selatan. Memang rugi kepada sesiapa yang tidak menonton.
Berikut ialah jadual tayangan bagi episod Anak Harimau
Minggu 1 7 Jun 2010 (Isnin) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1) 8 Jun 2010 (Selasa) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 2) 9 Jun 2010 (Rabu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 3) 10 Jun 2010 (Khamis) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1 - Ulangan) 11 Jun 2010 (Jumaat) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 2 - Ulangan) 12 Jun 2010 (Sabtu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 3 - Ulangan) 13 Jun 2010 (Ahad) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1,2 dan 3)
Minggu 2 14 Jun 2010 (Isnin) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4) 15 Jun 2010 (Selasa) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 5) 16 Jun 2010 (Rabu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 6) 17 Jun 2010 (Khamis) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4 - Ulangan) 18 Jun 2010 (Jumaat) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 5 - Ulangan) 19 Jun 2010 (Sabtu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 6 - Ulangan) 20 Jun 2010 (Ahad) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4,5 dan 6)
Penonton di Indonesia juga akan disajikan dengan episod baru yang sama. Waktu siarannya pula bolehlah dirujuk melalui media di Indonesia nanti. Lihat video promo di bawah ini dan hantarkan komen anda di blog kami.
Wah, tak sabar rasanya nak menonton episod terbaru siri animasi Upin & Ipin. Tahu tak sekarang ni siri Upin & Ipin dah masuk musim ke 4. Memang cepat masa berlalu. Di dalam musim ke 4 ini, siri Upin & Ipin sudah berwajah baru dan lebih menarik. Kalau nak tahu apa yang baru tu, kenalah tonton episod pertama musim ke 4 ini sudah tentunya di TV9.
Episod pertama musim baru ini bertajuk Juara Kampung. Dengar kata Upin & Ipin bersemangat bermain badminton bersama kawan-kawannya. Macam-macam aktiviti yang menarik dilakukan bersama-sama. Benarkah Upin & Ipin handal bermain badminton? Bagaimana agaknya reaksi Kak Ros serta Opah dengan hobi baru Upin & Ipin ini?. Kalau nak tahu jawapannya anda semua harus menonton episod ini di kaca TV nanti. Jangan lupa, bermula 15 Mac 2010 ini setiap hari 5.30 petang hanya di TV9.