Showing posts with label Artist Of The Show. Show all posts
Showing posts with label Artist Of The Show. Show all posts

Monday, November 30, 2009

ARTIST OF THE SHOW : DIRI BERSIH, BADAN SIHAT

Menyusul episod Jejak Rembo, Penghargaan Artist of the Show kali ini kembali dengan wajah-wajah baru ahli pasukan yang menerima penghargaan ini. Kepada pembaca yang baru mengikuti blog kami, boleh rujuk post sebelum ini bagi memahami serba sedikit tentang Artist of the Show ini.

Pada episod kali ini, penerima penghargaan terdiri daripada :

OMBAK!!!

Kevin
  • Komitment yg diberikan amat tinggi, disamping itu kualiti shot semakin meningkat, diikuti dengan performancenya yang tinggi dapat dikekalkan berturut-turut. Juga seorang yang reliable dan banyak membantu. - Hassan, Nazmi
Squall
  • "He is willing to improve himself technically in terms of color and skills". Dari segi berkomunikasi dan konfiden sudah banyak peningkatan dalam menyiapkan shot-shot mahal. - Saf, Haris & Din
Leman
  • "Beliau sangat bertanggungjawab, dan sense design dia sudah bertambah maju. Banyak menyumbang idea,dan juga design beliau lebih pelbagai dan menarik". - Fuad, Adam, Kila
Akob
  • "Banyak peningkatan, dan sangat komited dalam menyiapkan tugas dan tanggungjawab yang diberi." - Ropi
Juan
  • Selain dari workload sendiri, beliau juga mengurus checklist untuk team-rendering. Juga, beliau juga sangat aktif menyertai event. Beliau pandai menguruskan masa walaupun banyak tugas, dan event yang disertai tetapi semuanya dijalankan dengan baik, dan tak menjadi alasan untuk melengahkan kerja yang diberi. - Ee
Ice
  • Ice merupakan tenaga kerja yang baru masuk, tetapi dia menunjukkan komitmen yang tinggi seperti orang yang sudah lama bekerja. Dia juga good team-player. - Faren

Itulah dia staff-staff yang terpilih pada episod kali ini!

Written By : Fuad
Visuals & Photo By : Sarah

Friday, November 13, 2009

ARTIST OF THE SHOW : JEJAK REMBO

Apa khabar semua? Kali ini kami akan menyiarkan staf-staf yang telah menerima penghargaan ‘Artist of the Show”. Satu penghargaan bagi mereka yang telah berusaha gigih semasa pembikinan episod-episod dalam siri mini Upin dan Ipin.

Buat pengetahuan peminat Upin & Ipin di luar sana, penghasilan animasi amatlah mencabar. Namun semangat warga LCP tidak pernah luntur untuk memberikan yang terbaik buat peminat di luar sana. Disebabkan semangat inilah membuatkan HOD dan pihak pengurusan (Head of Department, and Management) ingin memberi penghargaan istimewa kepada mereka yang menunjukkan kesungguhan.

Berikut merupakan mereka yang bertuah untuk menerima penghargaan Artist of the Show bagi episod Jejak Rembo.

Inilah dia wajah-wajah Artist of the Show kali ini!



Klik untuk size besar!
  • Audio – Muiz
  • Animation – Lai Kuan
  • Character Rendering – Fila
  • Background Render – Zirul
  • Compositing – Diin
  • Compositing – Zafi
  • Design – Sarah

Pemilihan dilakukan oleh setiap ketua jabatan. Penelitian dari segi usaha, penglibatan dan sikap positif dalam menjalankan tugasan adalah antara faktor-faktor yang diambil kira. Diharapkan penghargaan ini akan mewujudkan persaingan sihat di antara satu sama lain sekaligus meningkatkan kualiti siri animasi Upin dan Ipin pada masa hadapan. Pada yang lain usah berkecil hati, kerana tidak pernah sekali kami memperlekehkan usaha anda. Setiap usaha dan komitmen yang diberi amatlah kami hargai :)

P:S/> Kepada pembaca di luar sana yang tertanya-tanya apakah kisah Upin & Ipin yang seterusnya, nantikan entri seterusnya dari kami.

Written By : Idaman / Sarah / Fuad
Visuals By : Sarah