Saturday, April 04, 2009

Upin & Ipin Palsu?

Upin & Ipin sudah semakin popular, barangan Upin & Ipin yang palsu sekarang boleh di dapati di pasar malam, kedai-kedai. Ramai peniaga yang mengaku barangan jualan mereka adalah original tapi sebenarya barang ini adalah barangan palsu. Di bawah adalah sebahagian dari barangan yang anda boleh dapati di pasar-pasar tersebut.



DVD / VCD Cetak Rompak.
Dvd ni ada satu episod yang di download dari youtube.




TAG dan Label palsu! Hanya beli yang ber tag WOG.


Kostum Upin & Ipin yang di ubah reka.









Plush Upin & Ipin palsu!

Barangan Original Upin & Ipin boleh di dapati di WOG dan juga distributor kami. Bagi sesiapa yang sukar mendapat barangan yang original, di harapkan dapat bersabar, kami di Les'Copaque sedang berusaha untuk meluaskan distribution network kami. Jadi sesiapa yang berminat untuk menjadi distributor, silalah menghubungi kami.


Sekarang kami sedang berusaha untuk mempelbagaikan design yang ekslusif untuk Upin & Ipin dan Geng! Ha! Kalau kamu semua suka Upin & Ipin, sila boikot barangan cetak rompak mulai hari ini. Barulah kami dapat keluarkan lagi banyak filem dan siri Upin Ipin selepas ini!