Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Les' Copaque telah menyertai Hari Intelek Negara 2009 yang telah dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre selama 4 hari bermula dari 23 Mac 2009 yang lalu. Antara agensi yang menyertai acara ini ialah badan-badan kerajaan, ipta, syarikat-syarikat swasta dan individu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan acara ini pada hari pertama dan terus berkunjung di setiap booth yang menyertai acara ini. Antara yang menjadi agenda utama ialah bagaimana pihak KPDHN membantu Les' Copaque dalam membenteras isu cetak rompak barangan Upin & Ipin yang sangat berleluasa sekarang. Terkini ialah rampasan barangan cetak rompak yang telah dibuat di pasaraya besar di lembah klang. Untuk pengetahuan umum, Upin & Ipin memang telah lama di Trade Mark untuk melindungi dari isu-isu seperti ini berlaku. Terima kasih kepada badan-badan berkaitan dalam membantu membenteras isu ini dan semoga isu ini dapat dihapuskan sama sekali.
Upin & Ipin bergambar di booth MIMOS. MIMOS juga merupakan badan penting yang membantu filem GENG dari segi kemudahan rendering.

