Thursday, February 19, 2009

SETELAH SEMINGGU DI TAYANG



Assalamualaikum kepada semua peminat,

Hari ini telah pun seminggu filem geng ditayangkan dipawagam tanah air kita. Alhamdullilah, sambutan yang kami terima adalah amat memberansangkan dimana, Atuk menerima banyak panggilan talipon dari teman-teman Atuk yang mengadu susah untuk mendapatkan teket pada hujung minggu. Filem ini nampak nya dapat menghiburkan seluruh keluarga, dimana ramai ibu bapa yang dah 20 tahun tak pernah pergi panggung pun pergi juga untuk menonton. Atuk gembira mendengar cerita yang anih-anih dari peminat.

Setakat ini kita telah mengutip sebanyak RM 2.2 juta dan seramai 280,139 orang telah menonton filem ini untuk 7 hari yang lalu. Teberau mencatat penonton yang tertinggi seramai 11,202 diikuti oleh Alamanda dan Mid-Valley, 11,000 dan 10,482 orang.

Jumlah kutipan 4 hari pertama yang mencecah RM1.75 juta adalah merupakan suatu rekod untuk filem tempatan dan sesungguhnya ia telah mengalahkan jumlah gabungan kutipan 3 filem
tersohor dari Barat, Benjamin Button, Valkyrie dan Slumdog Millionaire, untuk jangka waktu yang sama.

Atuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami dan diharapkan terus menonton filem ini. Bagi yang dah menonton filem ini, pergi tonton lagi sebab tak puas dan menyokong kami mencapai matlamat kami mengutip RM 10 juta.

Assalamualaikum.