Friday, February 13, 2009

Malam Bersama GENG, GENG's Corner

Buat kali kedua Les' Copaque bersama-sama GENG'S Corner menganjurkan Malam Bersama GENG sempena memeriahkan lagi kehangatan filem GENG yang sedang ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Kepada yang mempunyai kelapangan pada malam ini silalah mengunjungi GENG's Corner pada 13 Feb 2009 bermula 8 malam. Disamping dapat beramah mesra dengan krew Les' Copaque, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah melalui aktiviti yang dijalankan.

Tarikh : 13 Feb 2009
Tempat : GENG's Corner
Masa : 8mlm-10mlm


Pada minggu ini, pelakon suara watak Badrol akan membuat penampilan istimewa disamping kemunculan maskot Upin & Ipin kegemaran ramai. Jumpa anda di sana!