Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua ahli keluarga
Les' Copaque Production kerana baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas Tun Mahathir bersempena dengan
NEF-Awani di PWTC. Anugerah ini adalah kerana kejayaan mengharumkan nama negara dan membawa produk tempatan ke mata dunia. Wah, rasa sungguh terharu kerana anugerah ini disampaikan sendiri oleh
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.
Hj Burhanuddin bersama Anugerah Khas
Tun Mahathir, NEF- Awani
Hj Burhanuddin Md Radzi bergambar bersama pemenang yang lain
Hj Burhanuddin sabar menanti
keputusan diumumkanAcara NEF-Awani yang telahpun berlangsung selama 2 hari di PWTC berjaya melabuhkan tirai dengan meriahnya dan disertai oleh ramai pengiat ICT di negara kita. Beberapa warga kerja Les' Copaque juga berkesempatan untuk hadir memeriahkan acara penutup dan menyaksikan penyerahan anugerah yang gilang gemilang itu. Terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali NEF dan Astro Awani kerana telahpun memberikan kerjasama yang sangat jitu.
Hj Burhanuddin sempat ditemuramah
Astro Awani sebelum acara bermula
Tahniah Les' Copaque
Zaid dengan aksi lucunyaNampaknya selepas ini abang-kakak dan kakak-kakak di Les' Copaque akan terus usaha menerbitkan produksi animasi yang lebih berkualiti di masa akan datang. Tahniah!
Bacaan dari web lain - >
Utusan Online