Monday, August 24, 2009

Kuiz Soal Jawab Upin & Ipin Bersama TM

Pengumuman kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Pada 24, 25 dan 26 Ogos ini TV9 akan menayangkan episod baru Upin & Ipin pada pukul 5.30 petang. Bukan itu sahaja, tetapi penonton juga berpeluang menyertai kuiz yang akan diadakan diakhir setiap episod. Penonton hanya perlu menelefon nombor telefon yang tertera di kaca TV dan jawab soalan mudah serta lengkapkan slogan.

Kuiz Upin & Ipin bersama Telekom Malaysia ini akan ditutup pada setiap 10 malam dan pemenangnya akan diumumkan pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut sila layari Bluehyppo.com

Berikut ialah jadual tayangan Upin & Ipin pada minggu ini :

Isnin ( 24 Ogos ) : Kembara Ke Pulau Harta Karun (Bahagian 2)
Selasa (25 Ogos ) : Kembara Ke Pulau Harta Karun (Bahagian 3)
Rabu (26 Ogos) : Istimewa Hari Ibu (Bahagian 1) [Kuiz ditutup pada pukul 10 malam]
Khamis (27 Ogos) : Ulangan
Jumaat (28 Ogos) : Ulangan
Sabtu (29 Ogos) : Ulangan
Ahad (30 Ogos) : Tayangan Marathon (3 episod) [Pemenang diumumkan ]