
Mohd Nizam juga turut berjaya menerima anugerah bagi filem UPIN & IPIN bagi kategori animasi. Penghargaan ini berdasarkan pencapaian cemerlang selepas memenangi Kuala Lumpur International Film Festival 2007 (KLIFF 07). Anugerah ini menaikkan lagi semangat warga kerja Les Copaque yang mana sedang dalam peringkat awal pembikinan siri baru UPIN & IPIN yang bakal ditayangkan pada Ramadhan nanti.
Nizam dan Zaid bergambar bersama Hazimin Sulaiman iaitu pemenang tempat pertama dari akhbar New Starits Times (NST) dengan rencananya bertajuk Animation Studios In Funding Blues. Beliau jugalah yang bertanggungjawab menulis kebanyakan artikel berkaitan dgn Les' Copaque mahupun GENG. Beliau memenangi anugerah khas iaitu Trofi Samad Idris yang merupakan penghargaan FINAS terhadap sumbangan besar wartawan dalam insdustri perfileman negara.Oleh Mohd Zarin