Wednesday, September 12, 2007

Majlis Pelancaran Filem Animasi GENG: Pengembaraan Bermula dan Siri Animasi Upin & Ipin

Majlis Pelancaran Filem Animasi GENG: Pengembaraan Bermula dan Siri Animasi Upin & Ipin telah dilangsungkan di Hotel Quality, Shah Alam pada 11 September 07. Tujuan majlis pelancaran ini adalah untuk mengumumkan Filem Animasi GENG ini akan ditayangkan pada sekitar pertengahan tahun hadapan. Selain itu sidang media ini juga melancarkan siri animasi pendek UPIN & IPIN yang akan disiarkan di TV9 sepanjang bulan puasa nanti.


Majlis menandatangani diantara Peppermint Asia, Tv9 dan Saymohm Sdn Bhd

Majlis ini dilancarkan oleh Dato' Narayanan Kannan

Pelbagai wakil dari media dan badan2 tertentu datang semasa majlis perasmian tersebut termasuklah wakil dari MDeC

Semasa di kaunter pendaftaran

Sesi bergambar dengan para pelakon2 GENG dan UPIN IPIN

Fathiah (Upin/Ipin) ketika ditemubual oleh wartawan ntv7


Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang sudi hadir pada majlis tersebut. Di sini kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa menyaksikan siri Upin dan Ipin di tv9 setiap jumaat, sabtu dan ahad pada pukul 7:30.

Lebih banyak gambar di forum