Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Daftar Kelab Upin & Ipin di Majalah Kelab Upin & Ipin

Adik-adik sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Upin & Ipin tak? Kalau belum, kali ini ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk menjadi sebahagian dari ahli Kelab Upin & Ipin. Adik-adik sudah boleh mendaftar melalui Majalah Komik Upin & Ipin. Di dalam isu terkini, sudah disediakan borang pendaftaran dan butiran lain. Yang istimewanya, gambar ahli yang terpilih akan dipaparkan di dalam Majalah Komik Upin & Ipin pada isu seterusnya. Menarikkan?


Contoh borang penyertaan yang disediakan
di dalam Majalah Komik Upin & Ipin


Antara ahli terpilih yang dipaparkan pada isu 10
Majalah Komik Upin & Ipin

Dapatkan isu 10 yang terbaru
dan sudah berada dipasaran


Jadi adik-adik apa tunggu lagi, dapatkan Majalah Komik Upin & Ipin yang terkini dan berdaftarlah sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi 5511 0012 atau layari laman web www.kelabupindanipin.com.


Friday, June 18, 2010

Dapatkan Majalah Komik Isu 6 dipasaran!

Tak sangka Majalah Komik Upin & Ipin sudahpun sampai keluaran isu ke 6. Setakat ini memang ramai peminat Upin & Ipin yang mengemari majalah ini dan sering menanti keluaran yang terbaru. Pada isu ke 6 ini, pihak penerbitan telah memilih untuk memperkenalkan watak Mei Mei. Kalau semua peminat nak tahu cerita disebalik watak Mei Mei jangan lupa dapatkan isu ini dipasaran.

Majalah Komik Upin & Ipin Isu 6
Yuki mempromosikan
Majalah Komik Upin & Ipin

Sebarang idea ataupun soalan bolehlah diemelkan kepada webmaster@lescopaque.com ataupun hantarkan surat anda ke alamat di bawah :

Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.