Showing posts with label Geng Roadtour. Show all posts
Showing posts with label Geng Roadtour. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Geng - The Adventure Begins put you on a plane to Malaysia!


This high quality 3D animation movie Geng - The Adventure Begins, which releases on the 27th of August in India is an adventurous story which appeals to both kids and adults. Geng as a product has high quality animations and scenic background graphics, with a high level of detailing as never done before, which is a visual treat. Join the gang as they embark on a journey of action and adventure set upon the warm atmosphere of the village enclosed by landscapes of greenery.


Ken Film with Contest2Wins organize a competition that offers winner to have a trip to Malaysia. Just log on to http://in.c2w.com/quizzes/95267-Geng-The-Adventure-Begins and answer simple questions to have a changes to grab a ticket plane to Malaysia.

Namaste Geng!


Namaste! Dengan hanya tinggal beberapa hari saja lagi filem animasi 3D Geng bakal menggegarkan pawagam di seluruh India pelbagai promosi hebat dilakukan oleh rakan niaga Les' Copaque di India. Antara yang terkini dan terbesar ialah billboard besar di tengah-tengah pusat bandar India dengan berimejkan poster filem Geng. Imej billboard yang direka berlatar belakangkan bangunan KLCC bagi mengambarkan filem ini berasal dari Malaysia secara tidak langsung mempromosikan Malaysia.

Kita tunggu dan lihat bagaimana sambutan di India nanti.

Tuesday, August 24, 2010

Tayangan Geng di pawagam India serentak 27 Ogos 2010 ini

Penantian bakal berakhir apabila secara rasminya filem GENG bakal ditayangkan dipawagam seluruh India pada 27 Ogos 2010 ini. Walaupun berlaku sedikit kelewatan dari perancangan asal, namun filem animasi 3D pertama Malaysia ini dijangka bakal mendapat sambutan hangat di India apabila watak kembar Upin & Ipin ini sudahpun mula dikenali melalui saluran Disney. Yang menariknya, filem ini telahpun dialih bahasa kepada bahasa Hindi namun masih mengekalkan jalan cerita asal. Dengan penambahan sebuah lagu baru berbahasa Hindi, filem GENG versi hindi ini nampak sedikit berbeza dengan versi asal tetapi menjanjikan kelainan kepada peminat di India.

Poster filem Geng : The Adventure Begins
untuk tayangan di India

Screenshots dari laman web di India

Macam tak sabar rasanya mahu menonton filem Geng versi hindi ni. Sekiranya peminat di Malaysia inginkan maklumat lanjut mengenai tayangan filem ini di India, silalah layari laman web ini http://koimoi.c2w.com/category/coming-soon/geng-the-adventure-begins/



Friday, July 23, 2010

Tayangan Perdana Geng di India

Wah, kalau pada kebiasaanya kita selalu menonton filem Hindi seperti lakonan Shah Rukh Khan dan selalu terbawa-bawa dengan lagu-lagunya yang membuatkan kita mahu menari tetapi kali ini kita akan dihiburkan dengan filem Geng : Pengembaraan Bermula versi Hindi. Ye, betul tu! Kita akan mendengar semua watak animasi filem ini termasuklah Upin & Ipin berbahasa Hindi. Amboi, sejak dah pergi international ni Upin & Ipin dah cakap macam-macam bahasa.

Poster cadangan untuk filem Geng

Filem Geng : Pengembaraan Bermula yang dibawa oleh Ken Films dan IndiaTales dari India ini akan ditayangkan di lebih 2000 panggung wayang di sana. Yang menariknya, filem animasi ini mudah diterima di sana kerana filem ini mengenengahkan budaya asia dan India khususnya. Beberapa minggu yang lepas, Tn Hj Burhanuddin sendiri telah pergi ke India untuk menyaksikan filem ini di dalam satu majlis tayangan perdana yang diadakan secara tertutup. Belumpun lagi ditayangkan dipawagam, filem ini sudahpun mempunyai peminat. Antara watak yang menjadi pujaan peminat di sana ialah Rajoo dan Oopet.

Atok Ranggi dicelah-celah pengusaha
filem India dan peminat di sana




Tuesday, March 03, 2009

Upin & Ipin ke Selatan!

Saya pasti anda semua telah membaca hasil tulisan saudara Zarin mengenai pengembaraan Upin & Ipin di Utara bukan? Haa, pengembaraan Upin & Ipin di Selatan tidak kurang hebatnya. Team Selatan Roadtour Geng telah berjaya menjelajah 6 lokasi di selatan semenanjung tanah air. Antara lokasi yang telah dijejakkan kaki oleh dua kembar ini ialah di Uitm Melaka, MBO Melaka, Uitm Segamat, GSC Summit Parade, TGV Tebrau City dan TGV The
Mines.


Hari Pertama . UITM Melaka, MBO Melaka
Penjelajahan bermula pada 25 februari iaitu hari Rabu dengan sergahan Upin & Ipin di Uitm Melaka. Setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam, kami telah tiba diperkarangan kampus Uitm Melaka.Di sana peminat-peminat dihiburkan dengan kehadiran maskot Upin & Ipin dan tiga pelakon suara untuk Geng: Pengembaraan Bermula iaitu Asrol yangmemegang watak Sally, Balqis yang memegang watak Kak Ros dan juga sayasendiri yang datang sebagai pemegang suara Oopet. Kami telah disambut dengan sebuah bunting besar yang memaparkan karekter filem kami, yang digantungkan berhampiran kawasan rehat di kampus mereka. Terima kasih!

Pada malamnya pula, kami mengadakan sesi menemui peminat di MBO Melaka yang bertempat di Melaka Mall. Di sana kami diserbu oleh kanak-kanak tadika yang pergi menonton Geng: Pengembaraan Bermula bersama-sama guru mereka. Pelbagai reaksi dari mereka dapat dilihat apabila munculnya maskot Upin dan Ipin. Ada menjerit kegembiraan, ada yang terkejut dan ada juga yang menangis ketakutan, mungkin terkejut dengan saiz karekter kesukaan mereka. Malam itu juga kami mengadakan sesi menandatangani poster untuk diberikan kepada peminat. Ramai yang beratur untuk mendapatkan poster yang agak terhad itu.

Upin & Ipin juga turut serta masuk ke panggung wayang apabila tiba masa tayangan Geng: Pengembaraan Bermula.

Paling tidak dilupakan adalah kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob ke MBO Melaka. Walaupun tujuan beliau bukanlah untuk menonton Geng, akan tetapi ternyata beliau berbangga dan berminat untuk tahu lebih mendalam mengenai filem animasi 3d pertama Malaysia ini.

Pada malam itu juga kami dikejutkan dengan kehadiran peminat dari MMU Melaka yang telah menghadiahi kami dua kotak Cadbury chocolate dan satu kad yang mengucapkan tahniah kepada Les' Copaque kerana berjaya menghasilkan filem yang boleh dibanggakan.

Sekali lagi di sini saya ingin mengucapkan terima kasih atas buah tangan yang telah diberikan.

Hari kedua : UiTM Segamat, GSC Summit Parade Batu Pahat

Hari yang cerah memberikan petanda baik kepada kami untuk meneruskan penjelajahan. Lokasi seterusnya adalah UiTM Segamat. Di sana kami menyergah pelajar-pelajar dan tenaga pengajar yang baru sahaja selesai sesi pembelajaran waktu pagi. Tenaga pengajar juga tidak ketinggalan
membawa anak- anak mereka untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Selain itu kami mengadakan jualan barangan Geng yang original. Ternyata sambutan amat mengalakkan. Barang-barang yang dibawa habis dijual dengan cepat sekali.

Setelah tamatnya sesi di Segamat, kami terus bergegas ke Summit Parade di Batu Pahat kerana pada malamnya kami akan mengadakan sesi bertemu maskot dan pelakon suara akan tetapi kali ini hanya dua sahaja pelakon suara yang dapat hadir memandangkan cik Balqis perlu menghadiri kelas di UiTM Melaka. Akan tetapi acara perlu diteruskan. Di Summit Parade, sambutan juga tidak kurang hebatnya. Sebelum munculnya maskot, peminat telah mula mengerumuni kawasan pentas. Ramai bersorak sejurus munculnya maskot. Malam itu cik Eejean yang juga pelakon suara bagi watak Mei-Mei dalam siri Upin & Ipin telah memberikan kuiz kepada peminat. Sesiapa sahaja yang dapat menjawab soalan akan memenangi hadiah poster edisi terhad Geng: Pengembaraan Bermula.


Hari ketiga : TGV Tebrau City

Pada keesokkan harinya, kami telah mengadakan sesi bertemu maskot dan pelakon suara di TGV Tebrau City. TGV Tebrau City merupakan lokasi terakhir kami untuk roadtour di bahagian selatan semenanjung tanah air. Ramai sungguh yang hadir pada hari itu. Lihat saja gambar-gambar di bawah! Dapatkah anda mencari di manakah Upin & Ipin berada dalam gambar pertama?


Hari Keempat: TGV The Mines
Setelah berakhirnya Geng Roadtour di bahagian selatan, kami bergegas pada awal pagi untuk ke lokasi seterusnya iaitu TGV The Mines. Di sana kami disertai oleh Kee Yong Pin iaitu pelakon suara bagi watak Lim dalam Geng: Pengembaraan Bermula. Kegembiraan terpancar di wajah peminat bila dapat bergambar dengan maskot dan beramah mesra dengan krew Les' Copaque Production yang hadir.

Begitulah penjelajahan kami selama empat hari. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan Roadtour Geng bagi bahagian selatan. Semoga satu masa nanti kita akan dapat bertemu kembali. Jika ada kekurangan, maaf saya ucapkan.

Kepada semua peminat filem Geng:Pengembaraan Bermula, terima kasih tidak terhingga diucapkan. Tanpa anda, siapalah kami. Terima kasih!