Wah, kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin yang dianjurkan di Zoo Negara pada 12 Jun yang lalu merupakan sesuatu yang tidak disangka sama sekali. Dengan sokongan dari Penyiar Rasmi TV9 dan Radio Rasmi HotFM, sememangnya acara yang julung kali diadakan ini menjadi salah satu tarikan ramai orang ke Zoo Negara. Dikhabarkan lebih dari 7000 pengunjung yang membanjiri Zoo Negara pada hari tersebut untuk menyaksikan idola mereka ini dari dekat. Pintu masuk utama juga sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu ingin menyertai acara ini.
ketika majlis perasmian
Seawal 9 pagi, peminat Upin & Ipin sudah mula memenuhi tapak acara yang terletak di bahagian dalam Zoo Negara dan berhampiran dengan kawasan beruang. Rata-rata pengunjung yang hadir pada hari itu, sudah lama tidak menjejakkan kaki di Zoo. Tapi dek gara-gara meminati Upin & Ipin, satu keluarga dibawa bersama-sama. Majlis sudah tentulah bermula dengan acara pelancaran Kad Ahli Kelab Upin & Ipin. Ucapan pembukaan oleh Tn Hj Burhanuddin dan seterusnya dirasmikan bersama-sama wakil dari Zoo Negara dan En Tatang B. Razak , Duta Besar Indonesia. Peminat yang sudah mula teruja selepas menyaksikan kelibat maskot Upin & Ipin semasa majlis pelancaran ini terus disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuklah sukaneka, persembahan bercerita, maskot, pelakon suara disamping jualan barangan Upin & Ipin dengan harga promosi.
bergambar bersama peminatnya
keras di bahagian jualan
Penampilan pelakon suara dan maskot seperti yang dijangka, mendapat sambutan peminat dan merupakan aktiviti yang amat ditunggu-tunggu. Kali ini seramai 6 maskot berkumpulan di dalam satu acara dan senarionya amat meriah. Maskot Upin & Ipin kali ini ditemani oleh Mei Mei, Rajoo, Mail dan juga Ehsan dan suasananya sungguh berbeza.
Penglibatan terhadap aktiviti sukaneka dan mewarna memang sangat meriah dan diluar jangkaan. Kebanyakkan peminat di sini sangat sporting dan bersemangat menyertai aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti sukaneka berterusan hingga ke tengahari sebaik sebelum hujan turun pada sebelah awal petangnya. Aktiviti sukaneka terpaksa dihentikan, namun kebanyakkan peminat masih menanti dengan setia untuk menyaksikan aktiviti pada sebelah petangnya pula. Kesetiaan peminat menunggu memang tidak sia-sia kerana lebih banyak aktiviti menarik yang dipersembahkan pada belah petangnya.
Penglibatan terhadap aktiviti sukaneka dan mewarna memang sangat meriah dan diluar jangkaan. Kebanyakkan peminat di sini sangat sporting dan bersemangat menyertai aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti sukaneka berterusan hingga ke tengahari sebaik sebelum hujan turun pada sebelah awal petangnya. Aktiviti sukaneka terpaksa dihentikan, namun kebanyakkan peminat masih menanti dengan setia untuk menyaksikan aktiviti pada sebelah petangnya pula. Kesetiaan peminat menunggu memang tidak sia-sia kerana lebih banyak aktiviti menarik yang dipersembahkan pada belah petangnya.
dengan sambutan peminat
Penampilan pengacara dan pelakon yang tidak asing lagi iaitu Irma Hasmie turut memeriahkan lagi suasana di Zoo Negara. Irma yang juga mengacarakan rancangan di TV9 menganjurkan pelbagai aktiviti permainan termasuklah kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif TV9 dan Upin & Ipin. Sebaik sahaja acara bersama TV9 selesai, penyampai radio HotFM pula menyambung menghangatkan lagi acara ini. AG dan Leya yang sememangnya telah dikenali ramai, tampil dikhalayak ramai dengan aksi spontan mereka.
Jehan, Ayu, Diin dan Razuri antara tenaga dibelakang tabir yang memastikan
acara ini berlangsung dengan lancar
suara bagi watak masing-masing
Sememangnya begitu banyak aktiviti menarik yang telah diatur untuk pengunjung. Tetapi dengan berakhirnya penampilan TV9 dan HotFM itu bukanlah sebagai acara penutup. Persembahan dari band in house Les' Copaque yang diberi nama Haris and the Pembaris tidak kurang dari mencuri tumpuan pengunjung. Walaupun merupakan persembahan kedua mereka dikhalayak ramai, tetapi tetap tidak mengecawakan. Tampil dengan 6 buah lagu, kali ini mereka turut menampilkan jemputan khas iaitu Ida Rahayu sebagai penyanyi duet bersama penyanyi utama iaitu Afiq.
bahu menyampaikan 6 buah lagu
Kemeriahan acara Kelab Upin & Ipin ini masih terasa walaupun ianya telah melabuhkan tirai sekitar pukul 5 petang. Diharapkan semua pengunjung berpuas hati dengan aktiviti yang telah disajikan dan kami memohon maaf sekiranya berlaku sebarang masalah ataupun kekurangan. Sekiran terdapat sebarang pertanyaan ataupun cadangan silalah hantarkan kepada webmaster@lescopaque.com .


























