Ha! Tak percaya kitaorang main bowling? Serious tak tipu. Kitaorang di Les' Copaque ni bukan saja duduk depan komputer 24 jam, kami ada juga team untuk aktiviti kesukanan macam ni. Bila cergas barulah boleh hasilkan output yang lebih produktif. Kali ni, LCP menganjurkan Pertandingan Bowling di antara staff LCP sendiri yang telah diadakan di Sunway Piramid tempoh hari. Ramai juga yang hebat bermain dan tak kurang juga yang menjadi juara longkang. Ops!. Apa-apapun mari kita tengok macam mana lah gelagat para animator ni semua bermain bowling. Reti ke dorang ni.
Macam-macamlah gaya dorang ni. Ada juga yang kali pertama bermain bowling. Tapi untuk hari tersebut, yang kalah ataupun menang tetap dapat hadiah. Ye, yang kalahpun tetap dapat hadiah. Sekurang-kurangnya adalah semangat kesukanan dan kesungguhan yang dorang tunjukkan. Ramai juga rupanya yang ada bakat terpendam bermain bowling. Tak kurang yang datang dengan kelengkapan nak bola sendiri. Macam ni bolehlah bertandingan dengan team lain pula lepas ni.
Tapi lepas saja selesai pertandingan bowling ni masing-masing ngadu sakit jari. Ha, jangan tak boleh nak animate pulak esok hari. Apa-apa pun memang enjoy dan seronok dapat bersukan macam ni. Menang kalah belakang kira, yang penting happy.







