Monday, June 29, 2009

Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Pada 20 dan 21 Jun yang lepas Les' Copaque telah sempat memeriahkan acara Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009 yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. Acara ini yang diadakan selama dua hari berturut-turut ini telah mengumpulkan ramai pengunjung dan juga peserta dari Jabatan Perdana Menteri. Selain dari acara utama iaitu pertandingan rowing, acara ini juga menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis, pertandingan mewarna dan juga persembahan oleh angkatan penyelamat udara.
Banner acara di Putrajaya

Peserta sedang bertanding Rowing

Demonstrasi penyelamat

Sesi jualan barangan Upin & Ipin

Ketika pertandingan mewarna dilakukan. Lebih 300 peserta mengambil bahagian.

Kehadiran pasukan Les' Copaque sudah tentu tidak cukup sekiranya tidak menjual buah tangan kepada para pengunjung yang bukan sahaja datang dari sekitar kawasan Putrajaya bahkan dari pelbagai kawasan. Pelbagai barangan menarik seperti baju, beg dan DVD yang dijual dengan harga promosi.

Selain itu, tidak lengkap kiranya tiada penampilan istimewa dari maskot Upin & Ipin. Kehadiran mereka berdua membuatkan rata-rata pengunjung terkejut dan teruja kerana mereka tidak diberitahu mengenai kemunculan maskot Upin & Ipin. Bersalam dan bergambar sudah pasti tidak akan dilepaskan oleh peminat setia Upin & Ipin tidak kira peringkat umur.


Suasana ketika kemunculan maskot Upin & Ipin

Selain itu, acara ini juga telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tetamu khas yang juga turut menutup acara ini secara rasmi pada petang Ahad tersebut. Beliau juga turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang di kejohanan ini.

Sebahagian dari pemenang kejohanan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin



Terima kasih kepada semua para pengunjung yang telah hadir dan juga terima kasih kepada pihak penganjur yang telah banyak membantu sebelum dan semasa acara ini berlangsung. Ikuti blog ini untuk mengetahui perkembangan terkini serta acara yang akan kami pergi di masa akan datang.