Selepas beberapa minit gerai kami dibuka, beberapa crew dari program tersebut tidak melepaskan peluang untuk berbual dan menonton beberapa cerita yang kami sediakan. Pelbagai soalan yang ditanya oleh mereka tentang perkembangan syarikat ini. Walaupun baharu sahaja mengenali mereka, namun mereka sangat mesra.
Selain gerai kami yang terletak di dalam dewan SITC, terdapat beberapa gerai lain yang turut bersama-sama memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan oleh pihak UPSI. Di samping gerai-gerai yang menjual produk-produk mereka, kami turut dihiburkan oleh beberapa persembahan kumpulan indie yang dijemput khas oleh penganjur.
Terdapat juga pameran yang dibuat oleh pelajar-pelajar tahun akhir UPSI. Antara pameran yang disediakan adalah seperti pameran animasi 2D dan 3D.
Pelajar-pelajar UPSI yang pernah melawat ke Les Copaque’s Production suatu ketika dahulu turut memeriahkan lagi gerai kami. Tidak disangka-sangka, mereka masih mengingati kami lagi. Mereka bukan sahaja membeli barangan dari gerai kami, malah mereka turut membantu kami untuk melariskan lagi jualan kami pada hari itu.