Wednesday, March 30, 2011

Meriahkan Karnival Upin & Ipin di Perak Jun ini

Pasti ramai peminat Upin & Ipin yang masih merindui Karnival Upin & Ipin yang telah dilangsungkan pada tahun lepas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan di Melaka Wonderland. Kali ini peminat di negeri Perak pula bakal menyaksikan kemeriahan karnival ini yang bakal dianjurkan pada 3 hingga 5 Jun nanti. Semalam baru saja selesai sidang medianya yang dilangsungkan di PTTC, Perak.


Dr. Ahmad Kamil Mahmood,
Ketua Pegawai Eksekutif KPerak


Hj Burhanuddin Md Radzi,
Pengarah Urusan Les' Copaque


Karnival Upin & Ipin di Perak ini diubah sedikit namanya kepada Karnival ICT Perak bersama Upin & Ipin kerana karnival ini merupakan kerjasama diantara KPerak dan Les' Copaque Production. Ianya akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan dijangkakan bakal menarik perhatian pengunjung sehingga 200, 000 orang. Antara tarikan menarik sudah tentulah Perarakan Animasi yang bakal menyaksikan lebih 200 penyertaan dari warga Perak sendiri. Perarakan Animasi atapun Animation Parade ni mendapat sambutan hangat ketika pertama kali diadakan di SACC dahulu. Selain itu, tarikan utama ialah pengunaan Inflatable Dome yang terbesar di dunia yang dijadikan sebagai lokasi persembahan multimedia dunia Upin & Ipin.


Bersama maskot Upin & Ipin


Antara media yang hadir

Jangan lupa meriahkan
Karnival Upin & Ipin di Perak nanti


Banyak aktiviti serta persembahan menarik bakal diatur sempena 3 hari karnival ini. Jadi semua peminat yang tinggal berhampiran dengan negeri Perak jangan lupa datang memeriahkan karnival ini nanti.

Pocket Ipin hit Malaysia's top 10 most paid app!




We are happy to announce Pocket Ipin has made it to the top 10 paid app in Malaysia's Apple App store!







Thanks a bunch for those who purchased Pocket Ipin!
and for those who havent, dont miss out on the fun and purchase the app now at itunes! :)



you can also visit our website at:

www.lcgdi.com

or follow us in twitter at:

twitter.com/lcgdi

Tuesday, March 29, 2011

PZD

The time has come to announce our latest project in the making!

*drum roll*


Pada Zaman Dahulu! (Once Upon A Time) Yes. The concept drawing we've been uploading for the past few weeks are from this title, Pada Zaman Dahulu. It's about Malaysian folk stories of a clever mousedeer, Sang Kancil and other jungle creatures. Their fantastic adventures are told by a grandfather to his city-based grandchildren, Aris and Ara.

And this week we're introducing Sang Kancil and also Aki, the grandfather of Aris and Ara!



And guess what? We've prepared an exclusive sneak peek for you, so stay tuned!


You can also check out PZD's facebook page at
or


qrcode


Friday, March 25, 2011

Menang NEF-AWANI Anugerah Khas Tun Mahathir

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua ahli keluarga Les' Copaque Production kerana baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas Tun Mahathir bersempena dengan NEF-Awani di PWTC. Anugerah ini adalah kerana kejayaan mengharumkan nama negara dan membawa produk tempatan ke mata dunia. Wah, rasa sungguh terharu kerana anugerah ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Hj Burhanuddin bersama Anugerah Khas
Tun Mahathir, NEF- Awani


Hj Burhanuddin Md Radzi bergambar
bersama pemenang yang lain

Hj Burhanuddin sabar menanti
keputusan diumumkan


Acara NEF-Awani yang telahpun berlangsung selama 2 hari di PWTC berjaya melabuhkan tirai dengan meriahnya dan disertai oleh ramai pengiat ICT di negara kita. Beberapa warga kerja Les' Copaque juga berkesempatan untuk hadir memeriahkan acara penutup dan menyaksikan penyerahan anugerah yang gilang gemilang itu. Terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali NEF dan Astro Awani kerana telahpun memberikan kerjasama yang sangat jitu.

Hj Burhanuddin sempat ditemuramah
Astro Awani sebelum acara bermula


Tahniah Les' Copaque

Zaid dengan aksi lucunya

Nampaknya selepas ini abang-kakak dan kakak-kakak di Les' Copaque akan terus usaha menerbitkan produksi animasi yang lebih berkualiti di masa akan datang. Tahniah!

Bacaan dari web lain - > Utusan Online



Thursday, March 24, 2011

Terima kasih !

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak, menyampaikan Anugerah Khas Tun Mahathir kepada Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi pada Majlis Anugerah ICT NEF - Awani 2010 di PWTC, semalam. - Gambar dan artikel dari Berita Harian Online.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjadikan impian ini satu kenyataan. ;)



Monday, March 21, 2011

Here's Aris!

Remember when we said we're introducing you to Ara's brother? Well....this is Aris! He's an avid gamer and comic book reader :D





Thursday, March 17, 2011

HARGA ISTIMEWA UNTUK AHLI KELAB UPIN & IPIN

Hai, semua...

Ada sesuatu yang istimewa untuk ahli Kelab Upin & Ipin. Sila layari www.lescopaque.com dan klik "online store" ntuk membuat pembelian secara online dan dapatkan harga istimewa*. Khas untuk ahli Kelab Upin & Ipin yang sah sahaja.

Jangan lupa nyatakan nombor ahli Kelab Upin & Ipin anda yang tertera di belakang kad keahlian anda untuk menikmati harga istimewa ini.

*Harga istimewa yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran.





Wednesday, March 16, 2011

Ara

*Updated image on 22th March 2011


Here's Ara. She's very shy around strangers. That's why she always sticks around her brother. Yes, she has a brother. We'll introduce you to him next :D


Saturday, March 12, 2011

Betul, betul, betul!

Mei-Mei sungguh comel
bercakap Betul, betul ,betul!


Susanti pun nak cakap Betul, betul, betul!


Betul, betul, betul!. Siapa tahu siapa yang selalu cakap betul, betul, betul? Hmm, dah tentulah Ipinkan. Nampaknya untuk promo musim baru ini semua kawan-kawan Upin & Ipin pun nak cakap betul, betul, betul sama macam Ipin. Tapi siapakah diantara mereka ini dapat bercakap sama seperti Ipin. Kalau nak tahu jawapannya mari kita lihat video ini.



Video Promo "Betul, betul, betul"


Friday, March 11, 2011

Mari Berpantun bersama Jarjit

Ha, apa tunggu lagi kawan-kawan. Marilah sertai peraduan Pantun Jarjit yang diceriakan oleh TV9. Kawan-kawan boleh menghantar seberapa banyak pantun dan yang paling penting sekali pantun tersebut mestilah unik dan kreatif. Hantarkan pantun beserta butiran lengkap kepada alamat di bawah sebelum 20 Mac 2011 ini.

CH-9 Media Sdn Bhd (TV9),
Tingkat 2 Sayap Utara,
Sri Pentas Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tuesday, March 08, 2011

Intro baru Upin & Ipin !


Inilah dia intro baru Upin & Ipin musim ke 5, yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu ini !

12 Mac 2011
6.30 p.m.
TV9

Nantikan kemunculan adik kembar kita ini bersama kawan-kawannya !

p/s: Nak wallpaper untuk handphone canggih anda ? :)

iPhone Home / Lock Screens



BlackBerry Wallpapers






Friday, March 04, 2011

Fresh out of the oven~


Stay tuned for more~

Tuesday, March 01, 2011