Pada musim cuti sekolah ini pasti adik-adik sedang seronok berehat di rumah ataupun bersiar-siar bersama keluarga. Apa kata adik-adik bersama keluarga memeriahkan Minggu Setem yang sedang dilangsungkan di Berjaya Times Square bermula dari 13 hingga 19 Disember ini. Yang menariknya setem Upin & Ipin yang baru sahaja dilancarkan turut boleh dibeli di sini. Setem Upin & Ipin yang menggunakan konsep kepada permainan tradisional merupakan diantara kerjasama terbaru di antara POS Malaysia bersama Les' Copaque Production.
Antara warga kerja POS Malaysia mempromosikan setem Upin & Ipin
Bangga menunjukkan setem Upin & Ipin
Diantara kakitangan Les' Copaque menunjukkan hasil setem Upin & Ipin
Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga diantara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri. Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda.
Pengerusi POS Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat ketika berucap
Terdapat 6 keping setem yang direka mengikut set
Adik kecil membawa senapang kayu ketika sesi pelancaran
Bergambar bersama Upin & Ipin
Dimajlis pelancaran tempoh hari yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, usaha POS Malaysia menggunakan Upin & Ipin bagi menghidupkan kembali generasi mengumpul setem, menulis surat dan mengimbau kembali permainan tradisional kepada generasi masa kini.
Peraduan meneka jumlah setem merupakan diantara aktiviti yang diadakan
Setem Upin & Ipin sudah mula dijual
Opah juga mempromosikan setem Upin & Ipin
Setem ini juga dimaklumkan telah mendapat respon dan sambutan yang amat memuaskan. Khabarnya pejabat POS di KLCC telahpun hampir kehabisan stok setem Upin & Ipin. Nampaknya kepada peminat Upin & Ipin kenalah mendapatkan setem ini segera sebelum ianya habis dipasaran.
Begitulah diantara lirik lagu Sahabat Selamanya yang didendangkan oleh kumpulan Padi. Lagu tema Upin & Ipin ini sudahpun memasuki carta 20 terhangat di radio HotFM dan sudahpun mula dimainkan dicorong-corong radio. Dengan sambutan dan sokongan peminat terhadap lagu ini diharapkan ianya bukan saja berjaya melekat di carta radio tetapi berjaya menambat hati semua peminat. Dengar kata, kumpulan Padi bakal menerbitkan lagu baru selepas penerimaan yang diluar jangkaan terhadap Sahabat Selamanya ini.
Terima kasih kepada semua peminat yang telah mengundi lagu ini di carta HotFM. Kita nantikan lagu terbaru selepas ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotfm.com.my
Dalam pejam celik, pejam celik rupanya jumlah peminat Facebook Upin & Ipin sudahpun mencecah angka 3.9 juta. Wah, satu angka yang sungguh besar dan sungguh bermakna. Jumlah ini juga disahkan oleh satu laman web yang membuat kajian mengenai Facebook. Berada di tangga ke atas sekali membuktikan Upin & Ipin mempunyai ramai peminat di Facebook yang bukan sahaja terdiri dari peminat di Malaysia, malahan dari Indonesia dan juga Filifina.
Akhbar Online MStar juga ada menulis mengenai Facebook Upin & Ipin. Terima kasih diucapkan kepada semua peminat dan setialah menyokong animasi tempatan.
Baru- baru ini, Pengarah Urusan Les' Copaque Production iaitu Tn Hj Burhanuddin atau lebih dikenali dengan nama Atok Ranggi telah ke India untuk menerima anugerah bersempena dengan "World Brand Congress 2010". Majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan individu mahupun syarikat yang berjaya membangunkan produk mereka ke peringkat dunia.
Pada malam itu, Atok telah menerima anugerah "Brand Leadership Award" atas kejayaan beliau yang membawa produk animasi Malaysia Upin & Ipin hingga ke peringkat Asia Tenggara dan sekarang sudah mula terkenal di India pula.
Opah & Atok bersama dengan CEO TNB yang juga
turut menerima anugerah pada malam itu.
Trophy dan sijil yang dianugerahkan kepada Atok.
Tahniah!
Anugerah ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu membangunkan jenama yang bertaraf global agar setanding dengan negara maju yang lain. Apa yang amat membanggakan, produk Upin & Ipin ini adalah hasil titik peluh dan usaha anak-anak muda tempatan tanpa bantuan dari pakar-pakar luar negara. Semoga kami di Les' Copaque Production akan lebih bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan menjadi kebanggaan negara.
Terima kasih untuk sokongan dan dorongan dari anda semua dan teruslah menyokong Upin & Ipin!
Studio Les' Copaque Production tempoh hari dikejutkan dengan kunjungan 2 ahli dari kumpulan Padi iaitu Fadly & Rindra yang mendapat perhatian hangat selepas menerbitkan lagu Sahabat Selamanya di Indonesia bulan lepas. Jikalau sebelum ini mereka diminati oleh kaum-kaum remaja serta anak muda Indonesia, tetapi kini mereka sudah mula diminati oleh adik-adik kecil serta kaum ibu. Yang menariknya, kumpulan Padi pada kebiasaanya mengambil masa 2 tahun untuk mengeluarkan sesebuah lagu. Berbeza dengan lagu Sahabat Selamanya, ianya mengambil masa yang lebih pendek namun terus mendapat sambutan yang luar biasa.
Tn Hj Burhanuddin memulakan ucapan aluan
Fadly sempat menulis autograf kepada peminat
Wartawan dari Melodi menemubual Fadly
Kunjungan mereka bersama wakil dari Sony Music Indonesia adalah untuk menghadiri majlis Sidang Media dan sesi beramah mesra bersama rakan-rakan media di Malaysia. Sungguh ramai rakan-rakan media yang hadir pada hari tersebut untuk berjumpa dengan lkon dari Indonesia ini. Mengikut maklumat dari Padi, mereka akan meneruskan projek bersama Les' Copaque Production dan Sony Music untuk menerbitkan album lagu Upin & Ipin. Album tersebut akan merangkumi 9 hingga 10 lagu yang sebahagian akan dinyanyikan oleh artis dari Indonesia dan selebihnya pula artis dari Malaysia. Dengan terbentuknya kerjasama dari 2 buah negara di dalam menerbitkan album ini, ianya dijangkan bakal mendapat sambutan lebih-lebih lagi semua lagu ini berkonsepkan dari kehidupan Upin & Ipin.
Tn Hj Burhanuddin berkongsi kisah menarik dengan wartawan
Asyiela Putri turut ditemuramah wartawan
Fadly dan Rindra dari Padi bergambar bersama pelakon suara Upin & Ipin
Memang tak sabar rasanya ingin mendengar lagu tema baru Upin & Ipin hasil buah tangan dari Padi. Pada Sidang Media tersebut, turut dihadiri oleh semua pelakon suara dari siri Upin & Ipin. Nantikan kejutan serta perkembangan terkini mengenai pembikinan album ini di blog LCP.
Anda semua kenal dengan adik Danish dan Danial tak?Kalau nak tahu,mereka adalah pasangan kembar yang menukar imej mereka sama seperti pasangan kembar popular, Upin & Ipin. Comel kan?
Untuk mengetahui cerita dan latar belakang mengenai mereka dan bagaimana nak bezakan yang mana Danish dan yang mana Danial, anda bolehlah mendapatkan Majalah E- baca edisi yang ke- 68 Disember 2010 dikedai berhampiran.
Muka depan E-Baca Disember 2010
Macamana nak tahu ya, yang mana Danish, yang mana Danial?
Tahniah kepada pemenang peraduan Melaka Wonderland bersempena dengan Karnival Upin & Ipin. Peraduan yang memerlukan peserta mempromosikan gambar profil dengan menggunakan template yang diberi ini telahpun dianjurkan selama sebulan. Pemenang dikira daripada "like" paling banyak yang diterima. Memang sangat menarik peraduan ini lebih-lebih lagi hadiahnya merupakan 4 tiket masuk ke Melaka Wonderland pada 4 Disember 2010.
Karnival Upin & Ipin Melaka Wonderland pada 4-7 Disember 2010
Antara pemenang yang telah berjaya
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak bernasib baik diharapkan anda akan mencuba lagi pada masa akan datang. Kaunter tiket ke Melaka Wonderland akan dibuka seawal 10 pagi dan ahli Kelab Upin & Ipin yang mempunyai Kad Ahli akan diberi 10% diskaun untuk pembelian tiket. Jangan lupa untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Upin & Ipin di Melaka Wonderland pada 4 hingga 7 Disember 2010.
Atok di tabloid keluaran SME Malaysia yang ditemuramah oleh En Charlotte Robert. Artikel adalah berkaitan kejayaan Atok sebagai Pengarah Urusan Les' Copaque Production dan juga sedikit informasi mengenai keluarga dan latarbelakang Atok.
Cerita berkenaan dengan latarbelakang Les' Copaque
Gambar Atok bergaya bersama Ferrari California miliknya.