Walaupun di dalam cuaca yang panas terik, namun Suarasa Terengganu tempoh hari tidak putus-putus dengan kunjungan dan sokongan dari penduduk setempat. Pertama kali dianjurkan di Pulau Warisan iaitu lokasi pelancongan yang baru di Terengganu terus sahaja mendapat perhatian dan sambutan yang begitu menggalakkan. Upin & Ipin bersama Mei dan Mail nampaknya begitu teruja dengan lokasi Karnival Suarasa TV9 kali ini dan tidak sabar untuk menemui peminat.
Maskot Upin, Ipin, Mei Mei dan Mail
Patung Upin yang turut dijual
Gambar Upin & Ipin di booth WyethSelama 2 hari Upin & Ipin berada di sini pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan karnival suarasa kali ini. Mail yang begitu terkenal dengan perwatakkannya yang sering menyebut "2 Singgit" beberapa kali membantu warga kerja jualan menjual produk asli Upin & Ipin. Dengan gaya tersendiri, telatah Mail menjual dengan 2 singgit begitu memikat hati pengunjung.
Mail, begitu seronok berjumpa dengan peminat
Maskot Upin & Ipin di booth Wyeth S26
Mei Mei juga membantu menjual t-shirtSeperti di acara Suarasa yang lepas, Wyeth iaitu penaja bersama bagi siri Upin & Ipin juga turut mempromosikan produk minuman susu S26. Macam-macam aktiviti yang dikelolakan oleh Wyeth bagi menarik minat ke booth mereka termasuklah persembahan silap mata, pemeriksaan kesihatan percuma dan banyak lagi. Maskot Upin & Ipin juga kerap kali membuat penampilan di booth Wyeth.
Pada hari tersebut pula, nampaknya payung Kak Ros paling mendapat perhatian dan stoknya dikhabarkan habis dijual. Nampaknya Kak Ros ramai betul peminat di Terengganu ni. Sesi jualan pada hari tersebut juga dibantu oleh personaliti dari Gadis Melayu. Wah, patutlah cepat je stok habis. Apa-apapun terima kasih kepada personaliti Gadis Melayu kerana turut membantu.
Billboard aktiviti Suarasa Terengganu,
Pulau Warisan
Aik, itu tak boleh jual 2 singgit la Mail
Promosi jualan payung Kak Ros
Acara bersama Upin, Ipin, Mail dan
Mei Mei dibooth Adik di 9Pada bulan hadapan, Suarasa akan ke lokasi yang berbeza pula. Ke mana agaknya Suarasa akan berkunjung? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, silalah layari blog ini ataupun laman web TV9 nanti.