Wednesday, September 29, 2010

Hari Raya bersama Kelab Upin & Ipin


Istimewa kepada semua ahli Kelab Upin & Ipin kerana anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis Hari Raya bersama Kelab Upin & Ipin yang akan dilangsungkan pada 2 Oktober 2010 ini bertempat diperkarangan tempat letak kereta Les' Copaque Production. Kepada peminat Upin & Ipin yang masih belum menjadi ahli pula jangan risau, kerana pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut. Pasti meriah kerana pada tahun ini pihak Les' Copaque telah mengaturkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah kemunculan beberapa maskot baru seperti Mail dan Ehsan. Wah, macam agaknya suasana bila kesemua maskot ni sudah berkumpul. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini.

Tempat : Perkarangan Les' Copaque Production
Tarikh : 2 Oktober 2010
Masa : 2 Petang - 6 Petang
Bayaran : *RM10 seorang (Ahli)
*RM15 seorang (Bukan Ahli)
(Kanak - kanak bawah 7 tahun percuma)
(RSVP melalui telefon +6035511 0012 atau emel
kelabupindanipin@lescopaque.com
)
(** Tempat adalah terhad)


Datanglah ke majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin




Suasana Hari Raya Kelab Upin & Ipin pada tahun lepas
Suasana Hari Raya Kelab
Upin & Ipin pada tahun lepas

Selain itu juga, yang menarik pada tahun ini ialah sesi ujibakat untuk rancangan Kelab Upin & Ipin yang turut dijalankan pada masa yang sama. Kalau ada adik-adik yang boleh berlakon, menyanyi atau apa saja, jangan malu atau segan. Manalah tahu satu hari nanti adik boleh menjadi terkenal seperti personaliti TV yang lain. Sesi ujibakat ini pula, dijalankan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Oktober ini.

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas

Sesi Ujibakat rancangan Kelab
Upin & Ipin 2 minggu lepas


Jangan lepaskan peluang ini untuk beramah mesra bersama maskot serta pelakon suara Upin & Ipin disamping pelbagai aktviti menarik yang lain. Semoga dengan kehadiran semua peminat Upin & Ipin dapatlah memeriahkan aktiviti ini lagi.


* Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank 5627 3110 6435
dan sila faks (+603 5512 0121) bukti pembayaran

** Tempat adalah terhad untuk pendaftaran awal sahaja.

Friday, September 24, 2010

Episod Raya Upin & Ipin

Selamat Hari Raya kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Pasti pada cuti hari raya yang lepas semua sudahpun menonton episod hari raya Upin & Ipin di TV9 mahupun di TPI bagi peminat di Indonesia. Bagaimana? Seronok bukan? Apa kata tonton semula episod tersebut melalui saluran Youtube kami. Selamat terhibur.




 

Tuesday, September 21, 2010

Sertai peraduan untuk memenangi app Pocket Ipin!

Hai kawan-kawan, nak dapatkan app Pocket Ipin dengan percuma tak? Sertailah peraduan lukisan fan art Upin & Ipin! Hantarkan lukisan Upin & Ipin anda ke contest@lcgdi.com sebelum 10/10/10 dan 5 lukisan terpilih akan mendapat promocode percuma untuk memuat turun app Pocket Ipin melalui iTunes Store US. Lukis lukis lukis :D

Contoh lukisan. :)

Layari ke http://www.lcgdi.com/pocketipin untuk maklumat lanjut tentang app Pocket Ipin.

Sunday, September 19, 2010

Sesi Ujibakat Kelab Upin & Ipin Meriah

Wah, nampaknya suasana ujibakat khas untuk rancangan Kelab Upin & Ipin yang telah dilangsungkan petang tadi sungguh meriah. Sesi ujibakat untuk mencari peserta di dalam rancangan terbaru Kelab Upin & Ipin ini, sebenarnya berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 September. Bakat-bakat yang dicari oleh penerbit rancangan ini ialah adik-adik yang berumur di dalam lingkungan 7 hingga 13 tahun dan boleh berlakon, menyanyi, bercerita ataupun mengacara. Rancangan ini nanti bakal disiarkan di TV9 pada tahun hadapan dan ini merupakan platform bagi adik-adik untuk menjadi terkenal seperti Upin & Ipin. Mari kita lihat bagaimanakah suasana ketika sesi ujibakat yang telah dilangsugkan.

Sesi mengisi borang dan
mengambil nombor


Comelnya adik ni, mungkin boleh buat
suara macam Upin & Ipin

Bersemangat sungguh adik ni sebagai
peserta memegang no 001

Salah seorang adik sedang
menunjukkan bakatnya


Pada hari pertama lagi, nampaknya studio ujibakat telah diserang seawal 10 pagi. Masing-masing memang tidak sabar untuk menunjukkan bakat terpendam yang telah lama tersimpan. Walaupun masih kecil, tetapi ada yang sungguh berbakat di dalam bidang nyanyian dan lakonan. Tak kurang juga yang menunjukkan bakat menari dan menyanyikan lagu nasyid. Adik-adik ini selain menunjukkan bakat masing-masing, sebenarnya mereka juga diuji di dalam pelbagai aspek lain seperti komunikasi, kreativiti dan penampilan. Menurut kata penerbit, adik-adik ini juga bakal di asah bakalnya sekiranya terdapat potensi besar. Kepada para peserta digalakkan untuk mempersembahkan bakat-bakat lain sekiranya ada seperti berpantun, bermain silap mata ataupun bermain alat muzik. Semuanya ini merupakan mata tambahan kepada peserta.

Ditemuramah oleh juri
Juri sedang berinteraksi dengan peserta
Bersemangat melaungkan Betul, betul, betul
sebelum masuk ke dalam bilik ujibakat

Peserta sedang menunjukkan bakat lakonan

Wah, menari pun ada
Nampaknya sedang menunjukkan
bakat menyanyi lagu nasyid
Adik-beradik sedang menunggu
giliran diujibakat

Warga kerja ujibakat Kelab Upin & Ipin
mahukan anda yang berbakat!

Sekiranya ada adik-adik di luar sana yang ingin menyertai sesi ujibakat ini janganlah lepaskan peluang pada hari ke 2 iaitu pada 19 Sept 2010 ini bermula dari 10 pagi hingga 5 petang. Sesi ujibakat ini akan dilangsungkan di Studio Bruang Filem (di atas Geng's Corner), Seksyen 13, Shah Alam. Jumpa di sana!


Saturday, September 18, 2010

Ujibakat Kelab Upin & Ipin

Marilah datang ke ujibakat terbuka Kelab Upin & Ipin pada hari 18 & 19 September 2010 ini di Bruang Filem (Berhadapan studio Les' Copaque). Kami sedang mencari bakat-bakat baru yang berkebolehan untuk menyanyi, berlakon ataupun mengacara. Jadi apa tunggu lagi, ambillah peluang ini dan jadilah sebahagian dari rancangan TV Kelab Upin & Ipin.

Thursday, September 09, 2010

Ucapan Aidilfitri dan Sedutan Episod Raya Upin & Ipin




Geng's Corner raikan anak yatim berbuka puasa

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Geng's Corner bersama Les' Copaque Production juga tidak melupakan adik-adik kita yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini, adik-adik dari Rumah Anak Yatim Kampung Melayu Subang diraikan di dalam majlis berbuka puasa bersama Upin & Ipin. Pengalaman pertama kali berbuka puasa bersama Upin & Ipin membuatkan rata-rata adik-adik ini sungguh gembira dan teruja. Hampir 30 orang peserta dari rumah tersebut termasuklah guru pengiring disambut diperkarangan studio Les' Copaque Production sekitar pukul 7 petang.

Penampilan maskot selepas
selesai solat Maghrib

Suasana pertama kali
berjumpa dengan Upin & Ipin


Bukan sahaja dihidangkan dengan jamuan istimewa oleh Geng's Corner, adik-adik ini juga disumbangkan barangan Upin & Ipin beserta duit raya oleh Tuan Haji Burhanuddin iaitu pengarah urusan Les' Copaque Production. Pasti sambutan Raya kali ini sungguh bermakna kerana adik-adik ini akhirnya dapat berjumpa dengan watak kegemaran mereka. Pihak Geng's Corner dan Les' Copaque Production amat berbesar hati dengan kunjungan adik-adik ini dan kami berharap agar sambutan Aidilfitri kali lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas.

Bergambar beramai-ramai
sebagai kenangan

Bergambar juga bersama
warga kerja Geng's Corner




Upin & Ipin beraya di Media Prima

Di dalam suasana sibuk warga kerja Media Prima menyiapkan tugasan terakhir sebelum masing-masing pulang cuti berhari raya, Upin & Ipin pula muncul di tengah-tengah kesibukkan pejabat dan studio Media Prima yang terletak di Sri Pentas, Bandar Utama. Maskot Upin & Ipin yang ketika itu di dalam acara promosi episod terbaru sempena Aidilfitri, turut mengedarkan sampul raya Upin & Ipin secara percuma. Sampul raya yang ditaja sepenuhnya oleh penaja bersama iaitu Wyeth telah mengedarkan sekurang-kurangnya 6000 keping sampul raya khas untuk warga kerja Media Prima.

Upin & Ipin mengedarkan sampul
raya di Primeworks


Upin & Ipin di NTV7 pula

Maskot Upin & Ipin terus diserbu sebaik-saja melangkah masuk ke dalam ruang kerja Primeworks yang terletak ditingkat 1 bangunan Media Prima. Di sinilah semua warga kerja produksi majalah dan rencana seperti Majalah 3, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Melodi dan banyak lagi di himpun di bawah satu bumbung. Selepas lebih 30 minit Upin & Ipin memeriahkan suasana di Primeworks, mereka meneruskan promosi di tingkat 2 pula yang terletaknya pejabat TV9 dan juga NTV7. Kebanyakkan yang sedang sibuk bekerja, terus berhenti dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Upin & Ipin. Sambutan yang amat menggalakkan dari warga kerja NTV7 juga amat diluar jangkaan.

Antara tenaga kerja NTV7 turut
bergambar bersama Upin & Ipin

Bersama warga kerja Alt Media

Sokongan dari warga kerja Grand Brillance

Kemudian, Upin & Ipin meneruskan edaran sampul raya ke tingkat 3 pula yang mana terletaknya pejabat Grand Brillance, Alt Media dan banyak lagi. Sememangnya suasana pengedaran sampul raya Upin & Ipin di Media Prima yang pertama kali diadakan begitu meriah dan menarik sehingga terdapat beberapa warga kerja Media Prima yang mencari-cari Upin & Ipin untuk meminta sampul raya. Pemberian sampul raya ditamatkan sekitar pukul 5:30 petang apabila stok sampul raya sudah habis. Kami dari Les' Copaque Production mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kerja Media Prima dan semua peminat setia Upin & Ipin.

Wednesday, September 08, 2010

Upin & Ipin ceriakan adik-adik di PPUM

Adik-adik dari Wad Pedriatik 6, Pusat Perubatan Universiti Malaya baru-baru ini diceriakan dengan kunjungan maskot Upin & Ipin bersama-sama dengan pasukan dari Media Prima. Suasana wad tersebut terus berubah menjadi riang dan begitu meriah dengan kemunculan pertama kali idola adik-adik ini di wad tersebut. Selain dapat beramah mesra dengan maskot, adik-adik ini juga diberikan hadiah berupa barangan asli Upin & Ipin sumbangan Les' Copaque Production. Hampir 2 jam berada di sana, kegembiraan yang terpapar pada wajah adik-adik ini sungguh bermakna dan kepuasan yang tidak terhingga.

Upin & Ipin bersama Media Prima di PPUM
Begitu meriah suasana PPUM
dengan kunjungan Upin & Ipin


Kebanyakkan dari adik-adik di sini ditempat di wad Pedriatik 6 ini untuk pelbagai jenis penyakit kanser. Ada juga sebahagian dari adik-adik di sini sekecil 2 tahun dan sudahpun dikesan menghidap penyakit kanser. Begitu sebak mengenangkan nasib adik-adik ini, hanya buah tangan Upin & Ipin saja yang diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada mereka. Lebih sedih lagi apabila, petugas di PPUM memberitahu ada sebahagian dari adik-adik ini ditinggalkan oleh ibupada mereka sebaik sahaja mendapat tahu yang anak mereka menghidap penyakit kanser. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi dan sentiasalah mengingati nasib insan lain.

Upin & Ipin bersama Daphne King dan wakil
Media Prima bercerita kepada salah seorang pesakit

Adik ini merupakan peminat
setia Upin & Ipin

Sungguh gembira berjumpa
dengan Upin & Ipin


Walaupun masa untuk pulang sudah tiba, namun pasukan Upin & Ipin yang berada di situ seolah-olah tidak puas menghiburkan adik-adik di sini. Kegembiraan pada raut wajah mereka begitu sukar untuk dilupakan. Sempat juga, berjumpa dengan salah seorang peminat setia Upin & Ipin yang mempunyai pelbagai barangan Upin & Ipin seperti bantal peluk dan macam-macam lagi. Walaupun ianya bukanlah barangan asli, tetapi semangat dan minat yang tinggi terhadap Upin & Ipin membuatkan adik ini terus mewarnakan buku warna Upin & Ipin yang baru saja dihadiahkan.

InsyaAllah Upin & Ipin akan melawat PPUM lagi pada tahun hadapan. Apa-apapun, terima kasih kepada pihak PPUM kerana telah membantu pasukan Les' Copaque dan Media Prima disepanjang kami berada di sana.


Ujibakat Terbuka rancangan "Kelab Upin & Ipin"


Les' Copaque Production bersama anak syarikatnya Bruang Filem akan menganjurkan ujibakat terbuka untuk mencari bakat baru bagi rancangan "Kelab Upin & Ipin" yang bakal disiarkan di TV9 nanti. Ujibakat ini khas bagi adik-adik di dalam lingkungan 7-12 tahun dan berbakat di dalam lakonan serta nyanyian.

Tarikh : 18 & 19 September 2010
Tempat : Bruang Filem, No 2-1F, Jalan Boling PAdang G 13/G, Seksyen 13, Shah Alam
Masa : 10 Pagi - 5 Petang

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi bintang baru di dalam rancangan "Kelab Upin & Ipin" dan mana tahu satu hari nanti adik-adik juga akan menjadi terkenal seperti pelakon suara Upin & Ipin.


Tuesday, September 07, 2010

Balik Kampung Bersama Upin & Ipin

Balik kampung beraya tahun ini jangan pula terkejut kalau anda terserempak dengan kelibat maskot Upin & Ipin di kawasan rehat R&R. Ye, semuanya ini dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda di kawasan rehat R&R terpilih disepanjang cuti perayaan ini. Penaja bersama iaitu Wyeth S26 akan menjalankan promosi "susu Upin Ipin" beserta pelbagai barangan percuma yang akan diberikan kepada pengunjung. Pasti bertambah ceria dan bermakna perjalanan pulang ke kampung pada Syawal ini apabila dapat berjumpa dengan maskot kembar dan comel ini.

Jumpa Upin & Ipin di kawasan
rehat R&R terpilih


Pasukan Wyeth menanti kunjungan
anda di kawasan R&R


Maskot Upin & Ipin bersama adik-adik

Upin & Ipin juga turut diminati
oleh bangsa lain

Van Wyeth yang menggunakan
gambar Upin & Ipin


Tempoh promosi yang mengambil masa lebih dari 2 minggu ini merangkumi hampir semua kawasan rehat R&R utama termasuklah Pagoh, Gentian Sempah dan banyak lagi. Dari Utara hinggalah ke Selatan dan juga Pantai Timur, semuanya yang pulang ke kampung berpeluang untuk berjumpa dengan Upin & Ipin. Jadi kepada semua peminat Upin & Ipin yang sedang merancang untuk pulang ke kampung tu jangan lupa untuk beramah-mesra dengan Upin & Ipin di kawasan rehat R&R nanti. Selain itu, kami dari warga Les' Copaque Production dan anak syarikat mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hatilah memandu ketika pulang ke kampung halaman.

Klik untuk lihat jadual