Friday, July 30, 2010

Jom ke Suarasa Melaka!

Pada 31 Julai & 1 Ogos ini Upin & Ipin akan memeriahkan karnival Suarasa TV9 yang kali ini akan berkunjung di Melaka buat pertama kali. Pastikan semua orang Melaka turun beramai-ramai untuk berjumpa dengan maskot comel Upin & Ipin ini di booth Adik di 9 dan booth Wyeth. Disamping pelbagai aktiviti menarik peminat juga boleh mendaftar sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Karnival ini akan dilangsungkan di Dataran Air Keroh Melaka bermula seawal jam 9 pagi. Datanglah beramai-ramai.


Thursday, July 29, 2010

Upin & Ipin ke Pentas Teater Indonesia

Baru sahaja selesai kunjungan Upin & Ipin ke Jakarta tempoh hari, satu lagi berita gembira diterima khas buat peminat dari Indonesia. Seperti terasa tidak puas dengan menonton Upin & Ipin dikaca TV, siri ini akan diteaterkan pula dihadapan ribuan penonton. Sememangnya sesuatu yang unik dan pertama kali diadakan. Teater hasil kerjsasama dengan wakil dari Indonesia ini dijadualkan bakal menemui peminat sekitar bulan Oktober & November nanti. Teater ini dijangkakan akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan melihatkan kepada populariti Upin & Ipin yang begitu tinggi di Indonesia sekarang.

Suasana ketika raptai teater
Maskot pelbagai watak
menari bersama-sama


Gambar-gambar tersebut merupakan sebahagian dari sesi raptai yang telah diadakan di Indonesia tempoh hari. Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton teater ini nanti. Teater yang berkonsepkan lakonan semula ini akan dilakonkan oleh maskot-maskot dari watak asal siri Upin & Ipin. Disamping mengunakan plot asal dari siri, teater ini juga menggunakan latar belakang digital untuk memberi kesan yang sama kepada penonton seperti menonton di dalam siri.
Sungguh riang menari bersama-sama
Watak Mail menyanyi di dalam kelas

Nantikan maklumat lanjut dan promosi mengenai teater ini apabila ianya sudah sedia untuk menemui peminat nanti. Sementara itu sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan ataupun pendapat silalah emelkan kepada webmaster@lescopaque.com

Artikel lain mengenai topik ini : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=7443&c=1&s=1


Wednesday, July 28, 2010

Upin & Ipin di MMU Convofest 2010

Pada hujung minggu ini Upin & Ipin akan memeriahkan pesta konvo ataupun Convofest 2010 yang akan dilangsungkan di MMU Cyberjaya. Pesta konvo yang tentunya bertujuan meraikan para-graduan MMU dari beberapa fakulti ini telah menjanjikan pelbagai program menarik untuk pengunjung. Selain penampilan maskot Upin & Ipin sendiri pada 1 Ogos nanti, pesta konvo ini juga akan menyaksikan beberapa acara untuk Malaysia Book of Records bakal tercipta. Antaranya ialah acara melukis terpanjang yang memerlukan peserta menyumbang hasil lukisan masing-masing untuk membentuk satu gabungan hasil kerja yang terpanjang.

Kepada semua peminat Upin & Ipin khususnya jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan pesta konvo ini yang julung-julung kali diadakan. Layari laman web http://convofestbazaar.wordpress.com untuk maklumat lanjut.


Surat peminat untuk Opah

Dari sehari ke sehari peti surat di studio Les' Copaque dipenuhi dengan lambakan surat peminat setia Opah. Surat yang diterima dari pelbagai pelusuk negeri ini semuanya ingin bertanyakan macam-macam soalan kepada Opah. Kalau semua nak tahu, ini merupakan sebahagian dari program di dalam Majalah Komik Upin & Ipin iaitu "Tanya Sama Opah". Memang tidak mengecewakan kerana hampir setiap hari pasti ada surat untuk Opah. Yang lebih membuatkan Opah terharu sebenarnya kebanyakkan surat-surat ini dihantar oleh cucu-cucu yang masih kecil dan surat mereka dihasilkan secara manual termasuklah sampul surat yang dibuat sendiri. Wah, memang semangat!

Surat untuk Opah
Opah menunjukkan antara
surat yang diterima




Video ucapan Opah kepada peminat
yang menghantar surat

Kalau semua peminat yang ingin menghantar surat kepada Opah, bolehlah hantarkan surat beserta soalan kepada alamat di bawah :

Tanya Sama Opah,
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Ataupun emelkan soalan-soalan kepada Opah itu ke majalah@upindanipin.com.my

Tuesday, July 27, 2010

Beli Colgate dan Dapat Mug Upin & Ipin Percuma!

Berita baik kepada semua peminat Upin & Ipin semua, kerana anda akan mendapat mug eksklusif Upin & Ipin secara percuma dengan setiap pembelian pek khas Colgate. Wah, macam tak percaya kerana Mug eksklusif ini terdapat di dalam 4 pilihan dan semuanya sangat comel. Pek khas ini dijual dalam masa yang terhad sehingga stok masih ada. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan mug eksklusif ini dan kumpulkan semua design.
Zaid pun pakai Colgate rupanya

Afiq promosi pek Colgate

Sarah, pelakon suara Susanti
mempromosikan giginya



Video promo Colgate Upin & Ipin



Monday, July 26, 2010

Upin & Ipin at Semarang

On July 17th, Ida Shaheera (Kak Ros) and I were assigned to go to Semarang, Indonesia for the meet and greet session with the fans. We boarded the plane with Asyiela Putri (Upin & Ipin) and her family early morning and reached Jogjakarta after a 2 1/2 - hour flight.

Once there, we took a bus to head to the event location at Semarang. The ride stretched for 3 hours, but along the way, we spotted a number of street vendors and shops selling Upin & Ipin products.

Welcome to Jogjakarta!

Look, balloons!

At Semarang, we head to Hotel Ciputra to check in before getting called down to the connecting Ciputra Mall where the event was held.

Until I saw it with my very own eyes, I never realised the massive influence Upin & Ipin have on the fans in Indonesia. The interior and exterior of the mall itself were decorated with posters and banners of Upin & Ipin. They blew up pictures of characters into mobiles and hung them from the ceiling. They even custom made light-up coconut trees to decorate the event floor.

The stage backdrop

Giant mobiles

Added to that were the growing number of fans that crowded toward the stage for a closer look. While the emcees got the event started, Asyiela, her family, Ida and I were whisked away, careful not to be seen, to the floor above where we were seated at the Excelso Cafe overlooking the hype just below.

The mascots greeting everyone

The fans

Asyiela (Upin & Ipin) getting ready

Together with Ida (Kak Ros)

Then, the event began. Upin and Ipin mascots were called out to dance and entertain before Asyiela and Ida did a voice-over of dialogues between Upin & Ipin and Kak Ros right from the cafe where no one could supposedly see. They were then brought down to the stage to surprise the fans with their attendance. Before ending the session, fans were allowed to snap photographs with Asyiela, Ida and the mascots.

During one of the many photo sessions

To conclude the day, we had dinner at the hotel with a few exclusive fans. We were all served a 3-course meal, which, in my and Ida's opinions, though delicious, was enough to last us through the week as we have never eaten that much before.

With some of the fans at the hotel

The next day, we all went for a trishaw ride to a nearby market to purchase food to bring back home. The ride was a cheap thrill; going against the busy traffic on a trishaw powered only by a human being was almost as nerve-wrecking as riding a roller coaster.

We then head straight back to the mall just in time for the event to start. We went through four more sessions that day.

Asyiela and Ida being interviewed
by local TV, Semara Xpose

Bidding farewell during the final session

It really was a refreshing experience to get up from behind the desk at the office and see Upin & Ipin through the fans' eyes. We were overwhelmed by the reception in Indonesia and certainly are proud.

To the fans in Semarang, thank you so much for having us! We had a great time and we hope you did, too. Given the chance, we would definitely come again.

Liga Juara UIFA

Ingatkan dah selesai World Cup, demam bola sepak pun selesai di Les' Copaque Production. Tetapi nampaknya tidak sama sekali. Berbekalkan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan berkobar-kobar, semua pemain futsal Les' Copaque bersiap sedia untuk satu lagi Liga Juara UIFA yang sungguh sengit dan mencabar ini. Semangat dari World Cup yang lepas seolah-olah membakar jiwa mereka untuk bersaing dan seterusnya menjuari Liga Juara UIFA. Jadi apa lagi, mari kita lihat aksi perlawanan dan siapakah yang menang pada malam itu.

Perlawanan futsal di
Seksyen 7, Shah Alam

Maiz & Aien ketika mengatur
perlawanan pasukan

Malam yang mendebarkan ini dilangsungkan di Seksyen 7, Shah Alam. Setiap pasukan berlawan secara bersilih ganti dengan pasukan yang lain selama 7 minit bagi setiap pusingan. Situasi perlawanannya tak ubah seperti perlawanan akhir World Cup. Permainan yang rancak dan pantas ini membuatkan penyokong-penyokong yang diimport dari LCP juga tidak boleh duduk diam walaupun mereka tidak menyokong mana-mana pasukanpun sebenarnya.

Team Kuning dengan
semangat berkobar-kobarZaid pun semangat bermain

Wah, ramainya penyokong

Setelah hampir 2 jam bertanding, akhirnya keputusan perlawanan memang seperti yang telah dijangkakan. Pasukan merah yang diketui oleh kapten Afiq menyapu bersih pasukan yang lain. Pasukan ini akhirnya berjaya memenangi piala pusingan ditempah sendiri oleh kapten Afiq. Walaupun pasukan yang lain kalah, tetapi memang seronok dapat melihat bakat-bakat muda ini bertanding futsal selain dari tiap-tiap hari membuat animasi. Yang penting semangat kesukanan dan berpasukan. Lepas ni bolehlah lawan team lain pula.

Team Biru pemenang bulanan (Mei)

Tahniah team Merah yang
menjuarai UIFA kali iniKeng Sun antara ahli pasukan merah

Semua pemain bergambar sebagai
kenang-kenangan



Sunday, July 25, 2010

Upin & Ipin semakin popular di Disney Channel

Wah, Upin & Ipin dalam bahasa Inggeris dan Mandarin yang ditayangkan di Disney Channel ni nampaknya semakin hangat dan mendapat sambutan luar biasa. Kalau dulu, Disney Channel hanya menyiarkan siri kartun dari luar negara tetapi nampaknya pada tahun ini hasil kerja anak tempatan ini telah menjadi salah sebuah produk yang hangat seperti hot cakes. Upin & Ipin sekarang ini sudah mula dikenali di negara-negara asia yang lain termasuklah di Hong Kong apabila Disneyland di Hong Kong sendiri menayangkan siri Upin & Ipin ini di lobi hotel mereka.

Poster Upin & Ipin bersama watak
lain di Disney Channel





Video promo terbaru Upin & Ipin di Disney Channel

Siri Upin & Ipin yang ditayangkan 2 kali sehari ini bakal menayangkan episod terbaru nanti. Disney Channel sendiri mengesahkan penyambungan tayangan siri Upin & Ipin di saluran mereka selepas kunjungan mereka ke Les' Copaque tempoh hari. Kepada semua peminat Upin & Ipin semua jangan lupa untuk terus menonton siri ini di Disney Channel. Sementara itu, selamat berhibur dengan promo Disney Channel mengenai Upin & Ipin yang terbaru. Memang seronok tengok Upin & Ipin di Disney Channel. True, true, true!

Friday, July 23, 2010

Tayangan Perdana Geng di India

Wah, kalau pada kebiasaanya kita selalu menonton filem Hindi seperti lakonan Shah Rukh Khan dan selalu terbawa-bawa dengan lagu-lagunya yang membuatkan kita mahu menari tetapi kali ini kita akan dihiburkan dengan filem Geng : Pengembaraan Bermula versi Hindi. Ye, betul tu! Kita akan mendengar semua watak animasi filem ini termasuklah Upin & Ipin berbahasa Hindi. Amboi, sejak dah pergi international ni Upin & Ipin dah cakap macam-macam bahasa.

Poster cadangan untuk filem Geng

Filem Geng : Pengembaraan Bermula yang dibawa oleh Ken Films dan IndiaTales dari India ini akan ditayangkan di lebih 2000 panggung wayang di sana. Yang menariknya, filem animasi ini mudah diterima di sana kerana filem ini mengenengahkan budaya asia dan India khususnya. Beberapa minggu yang lepas, Tn Hj Burhanuddin sendiri telah pergi ke India untuk menyaksikan filem ini di dalam satu majlis tayangan perdana yang diadakan secara tertutup. Belumpun lagi ditayangkan dipawagam, filem ini sudahpun mempunyai peminat. Antara watak yang menjadi pujaan peminat di sana ialah Rajoo dan Oopet.

Atok Ranggi dicelah-celah pengusaha
filem India dan peminat di sana




Laksamana Upin & Ipin di MStar

Screenshot dari laman web Mstar

Terima kasih kepada wartawan MStar iaitu Azira Abd Aziz kerana berkunjung ke studio Les' Copaque Production tempoh hari untuk menjalankan kajian berkaitan dengan produksi filem ke dua iaitu Laksamana Upin & Ipin. Filem kedua yang akan menggunakan teknologi stereoscopic ini bakal menemui peminat pada tahun 2012 nanti. Artikel mengenainya telahpun dipaparkan di laman web MStar beberapa minggu yang lalu.


Thursday, July 22, 2010

Les' Copaque di 3D World Magazine

Artikel mengenai Les' Copaque Production bersama beberapa syarikat animasi tempatan yang lain baru-baru ini telah dihimpunkan di dalam majalah 3D World Magazine. Artikel yang mengisahkan mengenai syarikat animasi tempatan ini boleh dibaca secara digital melalui http://malaysia.3dworldmag.com






Malaysia International Toy Fair

Pasti meriah karnival permainan antarabangsa ataupun Malaysia International Toys Fair yang semestinya pertama kali dianjurkan di Malaysia. Dari koleksi komik, permainan komputer hinggalah kepada animasi semuanya akan dikumpulkan di bawah 1 bumbung iaitu di Mid Valley Exhibiton Centre dari 24 & 25 July 2010. Tengok dari posternya saja sudah cukup mengambarkan kemeriahan acara ini.

Upin & Ipin juga akan menjual pelbagai produk cenderamata dengan harga eksklusif bagi semua pengunjung di karnival ini. Datanglah beramai-ramai dan saksikan sendiri kemeriahan karnival terbesar yang dianjurkan di Malaysia. Layari www.malaysiatoysfair.com untuk maklumat lanjut.